[Sumber pic] |
Faktor utama sekali, kerusi Dun Galas bukan kubu kuat Pas. Masa PRU12 pun, calon Pas cuma boleh menang dengan 640. Satu angka yang sangat kecil kalau nak jadikan bekal untuk menghadapi PRK.
Keputusan PRU 2008Setakat data yang ada kat aku, setakat suku ke-2 2010 bilangan pengundi untuk DUN Galas ada 11,338 orang. Ada pertambahan 1,008 pengundi berbanding pengundi masa PRU12. Dari angka tu aku rasa mungkin ada lebih 1,200 pengundi baru dan yang berpindah masuk.
Jumlah Pengundi: 10,330
Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%
1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)
Majoriti: 646
Jumlah undi: 8,323
Peratus mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171
Dari 1,200 orang yang akan mengundi pertama kali di Dun Galas tu aku harap sangat sebahagian besarnya didaftarkan oleh PPS Pas. Pasainya dari 4,399 pengundi yang undi calon PAS masa PRU12 dulu, akan ada yang akan berubah mengundi calon Umno. Tambah-tambah lagi yang masa PRU 2004 mengundi calon Umno.
Jumlah tu belum dicampur untuk suku ke-2 tahun 2010 yang dah pun disahkan dan tentu akan digunakan untuk PRK kali ni. Aku rasa angka tu akan lebih besar lagi.
Kalau ada swing 8% dari pengundi yang masa PRU12 undi calon PAS dan lebih dari separuh pengundi baru undi calon Umno memang sah calon PAS akan kalah. Tu tak masuk lagi bantuan "pengundi hantu."
Setakat yang aku ingat, banyak isu besar yang boleh buat depa tu swing. Antaranya:
- Isu Ariffahmi dan PMBK termasuk nama Abe Jak yang turut terkait sama.
- Isu "Rasuah mengerjakan Haji" TG Nik Aziz.
- Isu Bazar Tok Guru rugi RM50 juta.
- Isu sumbangan RM 4 bilion kepada PAS Kelantan.
Apa pun, pada aku faktor Razaleigh Hamzah akan main peranan yang cukup besar. Walaupun kebelakangan ni terutama dalam isu royalti, KuLi nampak macam nak berlawan dengan Najib, tapi aku tak rasa dalam PRU Galas KuLi akan lawan Najib.
Tapi, kalaulah Pas berjaya buat "faktor Razaleigh Hamzah" tu memihak kepada Pas, insyaalah Pas boleh menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU12.
Akhir sekali aku nak ingatkan, walaupun apa pun bentuk yang ada "di atas kertas", faktor bantuan dari langit jangan pulak kita lupa.
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Nota kaki