“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku".Dalam perlembagaan PAS jelas disebut dalam Fasal 14 (1) (a). Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
“Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama’ satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan".
"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti". - TG Nik Aziz
Tak jumpak pulak yang sebut pimpinan boleh dilantik secara syura'. Memang la tak salah dari segi perlembagaan kalau syura' tu dibuat di dalam muktamar tu sendiri. Pasainya kuasa tertinggi ada pada muktamar. Juga tak salah dari segi perlaksanaan pasai hasil pemilihan secara syura', calon-calon lain tentulah menarik diri. Secara taknikalnya, calon tunggal yang tinggai tu 'menang tanpa bertanding.'
Apa pun, aku tak bersetuju dengan pandangan TG Nik Aziz kali ni. Pasai apa kita sebagai ahli Parti Islam perlu takut dengan pemilihan. Takkan pasai ada pemilihan akan ujud perpecahan.
Memang bila ada pemilihan akan ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Memang biasa kalau ujud rasa tak puas hati di pihak yang kalah. Tapi takkan sebagai ahli Parti Islam, rasa tak puas hati tu boleh sampai ujud perpecahan.
Takkan di peringkat pimpinan utama di Pusat pun ujud jugak orang yang 'gila kuasa' sampai sanggup tengok Pas berpecah. Kalau betui jadi pepecahan, pihak yang paling layak untuk disalahkan bukannya pemimpin berkenaan tapi proses tarbiah dalam parti.
Kalau tengok pemilihan tahun lepas, memang ujud suasana pertandingan yang hebat, terutamanya untuk kerusi Timbalan Presiden antara Ust Nasha dengan Hj Husam.
Memang ramai yang suarakan kebimbangan akan ujud perpecahan atau perbalahan hasil pertandingan tu. Memang nampak jelas penyokong kedua-dua calon tu ada berkempen dan kempen depa pun tak kurang hebat jugak. Akhirnya Ust Masha menang dalam pertandingan 3 penjuru tu.
Adakah berlaku perpecahan lepas pertandingan tu? Memang ada jugak nampak sikit pergeseran terutama sekali dikalangan penyokong kedua-dua kem di alam maya. Tu pun sikit ja. Tapinya kalau nak kata ujud perpecahan, memang takdak nampak sampai boleh dipanggil pecah.
Kalau dibaca balik sejarah lama yang menyebabkan Ust Asri Muda terpelanting dari kerusi Yang Dipertua PAS Pusat satu ketika dulu. Memang ujud perpecahan sampai tertubuhnya Parti Hamim. Tapi kalau tanya ahli Pas sekarang, aku yakin majoriti yang tau sejarah tu akan bersetuju dengan keputusan muktamar di Dewan Bahasa tu.
Pada aku kalau pertandingan boleh menyebabkan PAS berpecah, maknanya PAS sebenarnya memang layak pecah pasai ada masalah tapi tak berjaya diselesaikan. PAS tak sepatutnya melarang pertandingan, sebaliknya PAS kena cari punca sebenar yang menyebabkan perpecahan tu dan cuba menelesaikannya.
Melarang pertandingan tak boleh menyelesaikan masalah, cuma boleh setakat mengurangkan masalah akibat masalah tu. Pada aku biar depa lawan dalam gelanggang dari depa lawan di luar gelanggang. Lagi teruk mudhorat kalau depa lawan di luar gelanggang.
Cenangau Daunkari
Berkaitan
Berkaitan
Nota kaki