Konspirasi SPR kalahkan calon PAS Titi Serong? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 08, 2010

Konspirasi SPR kalahkan calon PAS Titi Serong?

Mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih kat MSK pasai buat analisa daftar pemilih untuk Dun Titi Serong. Kalau ikut MSK SPR dah "buat kerja" untuk kalahkan calon PAS di Dun Titi Serong untuk PRU 13 akan datang. 

Aku bukan nak menyanggah dakwaan MSK tu, pasainya aku pun tak heran kalau memang SPR buat kerja macam tu, nak heran apa kalau SPR tu memang dah macam "kelab penyokong Umno".

Memang pun selama ni terutamanya Pejabat SPR di Putrajaya, memang nampak sangat buat kerja nak bagi Umno menang mudah dan dalam masa yang sama menyusahkan untuk PR menang.
Masalahnya, tau SPR 'buat kerja' nak kalahkan calon PR satu hal, tapi yang lebih penting, apa yang kita boleh buat, patut buat dan kena buat untuk atasi masalah tu. - Anonymous
Pada kami di Parit Buntar, pengundi tak akan hadapi masalah sangat kalau setakat ubah tempat mengundi. Kami yakin terutama sekali untuk penyokong PR, takdak masalah yang patut timbul. Lagi pun kami di Parit Buntar biasanya dah habis edarkan 'slip mengundi' untuk isi rumah penyokong PAS dua tiga hari sebelum hari mengundi.

Pengundi sebenarnya tak peduli sangat apa nama Upu (Daerah mengundi) depa, ramai yang taktau pun nama UPU depa. Yang pentingnya depa tau kat mana depa kena mengundi. Lagipun, tempat mengundi mana, saluran berapa dan berapa no siri mengundi, depa boleh semak di kaunter.

Sejak PRU9, PAS Parit Buntar dah mula buka kaunter semakan tempat mengundi berkomputer. Sejak PRU99 kita dah buka kaunter tu di merata tempat termasuk di pasar malam dan pekan hari. Di stesyen bas pun kita bukak selain dari di markas-markas Upu yang buka hampir 24 jam. Markas lokaliti pun banyak yang ada komputer untuk buat semakan.

Jadinya takdak masalah untuk penyokong PAS kalau takat nak tau tempat mengundi. Dan kita memang tekankan kepada setiap penceramah kita supaya mengingatkan kepada penyokong kita untuk semak tempat mengundi. Dalam semua risalah kita pun kita 'selitkan' bab ni.

Lagipun perubahan sempadan Upu  tu masih di dalam sempadan DUN Titi Serong, takdak lokaliti yang dibuang keluar atau lokaliti yang dibawak masuk ke dalam sempadan Dun.


Berkenaan perubahan Upu di Dun Titi Serong memang dalam pengetahuan PAS Parit Buntar. Sebenarnya perubahan Upu tu bukan melibatkan UPU Kampung Melaka saja tapi jugak melibatkan UPU Parit Buntar. Lokaliti yang terlibat:
  1. Taman Seri Tenggara (Asal dari Upu Kg Melaka)
  2. Taman Semarak (Asal dari Upu Kg Melaka)
  3. Taman Kerian Permai (Asal dari Upu Kg Melaka)
  4. Taman Ismail Raof (Asal dari Upu Parit Buntar)
Ikut apa yang aku sembang dengan Pegawai SPR Perak, dia bagitau, tujuan utama SPR pecah UPU tu pasai nak kurangkan saluran di tempat mengundi. Masa PRU12, Upu Kampung Melaka ada 7 saluran mengundi. pasai upu tu ada 4093 orang pengundi.

Bila dipecahkan dan dibagi nama Taman Kerian, pengundi yang tinggai cuma 2858 saja. Maknanya cuma tinggal 5 saluran mengundi untuk Upu tu. (Setiap saluran tak lebih 600 pengundi.). Upu baru Seri Tenggara pulak ada 1585 pengundi.

Sebelum PRU12 pun SPR sebenarnya dah ubah sempadan Upu ni. Berdasarkan pola kaum pengundi, SPR ubah sempadan tu untuk jadikan upu Kampung Melaka sebagai UPU melayu manakala UPU Jalan Kedah dan UPU Parit Buntar jadi Upu bukan melayu. Alhamdulillah, walaupun ubah sempadan, calon kita boleh 'menang besar' di 3 Upu yang terlibat.

Pada kami di Parit Buntar, SPR pecah dan ubah sempadan upu kali ni pasai depa nak kurangkan 'penguasaan' kita ke atas tempat mengundi. Untuk makluman, sejak PRU10, pusat mengundi Upu Kampong Melaka memang kita kuasai. Jentera Umno memang tak boleh nak tandingi jentera kita terutamanya pada hari mengundi.

Jadinya depa harap dengan Upu tu dipecah dua, jentera PAS untuk pusat mengundi tu terpaksa pecah dua untuk jaga dua tempat mengundi. Dan memang pun peringkat awalnya kita ada sikit masalah di UPU baru tu. Tapi perkembangan terbaru insyaallah pusat mengundi baru tu pun kita boleh kuasai masa PRU13 nanti.

Tambah-tambah pulak dengan adanya DHPP, kita yakin boleh 'pindahkan' sebahagian jentera kita dari Upu Jalan Kedah dan Upu Parit Buntar untuk bantu Upu Seri Tenggara.

Bab undi pos aku tak kaji secara detail lagi. Pasainya dari 'pemerhatian' aku pada rang DPT setiap suku, takdak nampak ada perubahan yang perlu 'dibimbangkan'. Lagipun IPK bukan duduk dalam Parlimen Parit Buntar tapi duduk dalam parlimen Bagan Serai. Kem askar pun takdak kut belah sini.

Taktau pulak lepas ni askar wataniah macam Khairy Jamaluddin pun jadi pengundi pos.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Bab daftar pengundi baru dengan pindah pengundi aku lapor kat dalam mesyuarat bilik gerakan dah la kut...  :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...