Israel buka pintu masuk Gaza, tetapi bahan api untuk stesen janakuasa tidak dibenarkan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 01, 2010

Israel buka pintu masuk Gaza, tetapi bahan api untuk stesen janakuasa tidak dibenarkan

Rabu, 30/06/2010 -Kerajaan haram Zionis memutuskan hari ini untuk membuka pintu masuk komersial ke Semenanjung Gaza.

Pengerusi bekalan Gaza, Ir. Raed Fattouh mengesahkan bahawa kerajaan haram Zionis hari ini memutuskan untuk membuka sebahagian pintu masuk komersial Kerem Abu Salem dan Karni bagi membolehkan beberapa jenis barang keperluan, bantuan dan gas masakan dibawa masuk ke Gaza.

Fattouh juga meyakinkan bahawa kerajaan haram Zionis merancang untuk membenarkan kemasukan 143 trak yang membawa muatan bantuan dan barang-barang keperluan menerusi pintu masuk Kerem Abu Salem bagi menampung kekurangan gas masakan.

Sementara itu, diesel industri yang diperlukan untuk satu-satunya stesen janakuasa Gaza, Fattouh berkata bahawa kerajaan haram Zionis tidak akan membenarkan kemasukannya hari ini. Fattouh turut memberi jaminan bahawa pintu masuk Karni hari ini akan menerima kemasukan 120 buah trak yang sarat muatan gandum dan bahan makanan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa
dipetik dari: Palestin.info




   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Israel Zionis dan sekutunya memang CELAKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...