Islam for All vs PAS For All | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 01, 2010

Islam for All vs PAS For All

Mungkin macam ni keadaan mesyuarat
pemuda Umno lepas ni
Semalam, G40 yang baru serah borang dah mula berbunyi, maksud aku berdakwah dalam Umno.Nampaknya selain dari guna kabel Shahidan yang memang tak kuat dalam Umno, G40 ni tengah melobi untuk boleh guna kabel ketua Pemuda.

Bagi aku patutnya takdak apa-apa halangan kalau Kumpulan 40 Ulama muda Umno ni nak guna selogan "Islam For All". Tapi sebelum depa nak berdakwah kepada orang bukan Islam kepada Islam aku rasa depa lebih patut tumpukan untuk mensyumulkan Islam dalam Umno sendiri dulu.

Elok jugak la kalau kumpulan 40 Ulama muda Umno ni boleh berdakwah dalam Umno guna kabel pemuda. Kalau harap takat kabel Shahidan Kasim ja, tak kemananya.

Harap-harap kumpulan G40 ni boleh mensyumulkan keislaman pemuda Umno. Cukup cantik kalau kumpulan G40 ni berjaya tarbiah bakal pemimpin Umno masa depan Umno tu supaya betul-betul nakkan Islam, benar-benar mengamalkan Islam macam yang kumpulan Ulama tu belajar.

Moga-moga lepas ni banyak la program-program usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain lagi program yang sewaktu dengannya dalam pemuda Umno yang biasa kumpulan G40 ni buat sebelum ni.

Mungkin dengan Ramadhan yang akan mai tak lama lagi, kumpulan G40 ni boleh bentuk kumpulan-kumpulan tadarrus Al-Quran dikalangan pemuda Umno cawangan. Mungkin sesuai jugak kalau nak dibuat di Dewan Orang Ramai yang depa buat macam bangunan hak milik Umno tu. Mula dari petang dengan tadarus kemudian berbuka puasa kemudian bertarawih dan diikuti dengan bertahajjud.

Moga-moga lepas Aidil Fitri pemuda Umno akan berubah jadi pemuda yang taat beragama.

Masalahnya mungkin depa pun tak berapa perasan, kabel Khairy tu pun walaupun Ketua Pemuda Umno tapi tak kuat mana. Dalam kalangan Pemuda Umno sendiri pun ramai yang tak suka kat dia. Silap-silap program dakwah yang depa akan buat nanti langsung tak dapat sambutan dari orang muda dalam Umno.

Dah la dalam blog-blog pencacai Umno kebanyakkannya membelasah kumpulan G40 ni sebagai "kumpulan wahabi yang sesat". Bila depa bergerak sekali dengan Khairy pulak, dah tentu la sebahagian dari pemuda Umno yang memang dah lama tak suka dengan Khairy lagi jauh dengan depa.

Aku saja nak tengok dari sudut positif. Mana tau depa ni boleh berjaya. Mungkin depa ni lebih hebat dari Anwar Ibrahim dengan geng Abim yang dah pernah cuba lama dulu nak tarbiah Umno dari dalam tapi malangnya gagal.

Takkan bila Anwar gagal orang lain pun akan gagal jugak. Mana tau depa berjaya betul-betul bersihkan Umno dan 'mengislamkan' Umno. Masa tu kalau Umno betul-betul nak bawa Islam yang sebenar, nak laksanakan Islam yang sebenar, PAS sedia untuk dibubarkan macam yang pernah TG Nik Aziz kata lama dulu.

Tapi masalahnya payah sangat aku nak percaya kumpulan G40 ni boleh berjaya. Kalau tengok dengan keadaan Umno yang ada hari ni, kalau takat 40 orang Ulama' muda memang tak jadi apa, dan besar kemungkinan 40 ulama muda tu pulak yang hanyut sama.

Tapi yang aku masih mushkil, sampai hari ni aku tak jumpa ucapan atau ulasan menteri yang jaga agama, Senator Jamil Khair Baharom mengalu-alukan kumpulan G40 ni masuk Umno. Takkan Jamil Khair rasa tercabar kut.

   Cenangau Daunkari

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Harap-harap slogan Islam For All tu tak jadi macam selogan Islam Hadhari yang senyap sunyi, langsung dah tak dengar lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...