Harussani – Bernama pic |
Bernama melaporkan:
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada Selasa menafikan dakwaan dua naib presiden Pas bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.Sebelum ni 2 Naib Presiden PAS kata Harussani buat fitnah dan bohong bila dia kata dia ada pertemuan dengan pemimpin PAS berbincang pasai perpaduan PAS Umno.
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. - Bernama
Adun Titi Serong sebelum tu, mengiyakan, memang ada pertemuan antara Harussani dengan pemimpin PAS. Dia kata dia tau sapa pemimpin PAS yang tak dinamakan tu. Walaupun dia kata isi perjumpaan tu bukan pasai perpaduan Umno PAS. Tapi dia kata pertemuan tu memang dalam pengetahuan dia dengan siapa, bila dan dimana. Maksudnya, dalam bab ada pertemuan, memang Harussani tak berbohong.
Yang aku tak fahamnya, pasai apa ada lagi pemimpin PAS yang masih teringin nak berjumpa dan berbincang dengan mufti Umno tu. Saja cari pasai bagi masalah kat PAS pasai apa. Kalau betui pertemuan tu bukan bincang pasai perpaduan Umno PAS aku harap pemimpin PAS berkenaan tampil dan bagi penjelasan.
Demi untuk menjaga nama PAS aku harap sangat pemimpin berkenaan tampil. Kalau dak pun aku harap Adun Titi Serong dedahkan maklumat sebenar pasai pertemuan yang dia tau tu. Walaupun ada kemungkinan pertemuan yang Adun Titi Serong kata tu bukan pertemuan yang Harussani maksudkan, tapi kalau kena cara kita main, kita boleh perangkap Harussani dengan pendedahan tu.
Walaupun aku percaya memang Harussani tak berbohong pasai ada pertemuan tu, aku yakin dia masih berbohong. Mungkin dia tak berbohong 100% pasai pertemuan tu, tapi aku yakin yang dia bohong lagi banyak dari yang dia tak bohong.
Payah la aku nak percaya kalau adik beradik dia pun ramai yang tak percaya kat dia. Bukan takat tak percaya, hormat pun dak dah. Tambah-tambah pulak bila diingat ada maklumat yang kata dia pernah jadi SB sebelum jadi mufti, lagi la aku tak percaya.
Nota kaki