Blogger sudah diiktiraf sebagai antara golongan yang berpengaruh membentuk pemikiran dan persepsi generasi siber. Jasa blogger dalam melahirkan masyarakat berinformasi, berfikiran kritis dan kreaif tidak boleh dinafikan sama sekali. Masa blogger banyak dihabiskan di depan komputer. Kajian belum lagi dilakukan bagi mengenalpasti setakat mana aktiviti sebagai blogger mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Namun cpj suka untuk memberi sedikit tips menjaga kesihatan blogger. Cubalah langkah-langkah berikut;
1. Setiap setengah jam duduk kerusi blogger tu, berenti sekejab, 2 minit je..., tegakkan badan, sambil duduk tu, depakan tangan, kemudian bengkukkan siku.Kepal penumbuk, keraskan lengan, kempeskan perut sambil menyedut nafas panjang dan tahan nafas di dada.Terus keraskan lengan, dada dan perut. Setelah tahan 15 saat, tolak tangan ke atas dan lepaskan nafas....Ulang sebanyak 3 kali kemudian bacakan selawat-pahala nak jugak.
2. Undurkan kerusi beroda tu ke belakang sikit, kemudian angkat kedua kaki(tumit) letakkan atas meja komputer, luruskan kaki tu kemudiaan dengan mengempiskan perut sentuh hujung kaki yang di atas meja tu dengan hujung jari kedua tangan, tahan selama 15 saat dan ulang 3 kali....ha jangan maleh baca selawat...
3. Setelah buat posting tu, atau dah nak turun kerusi, jangan terus pegi. Duduk dulu kat lantai tepi komputertu, kemudian buat sit up sebanyak 10 kali, rehat 1 minit, buat lagi 10 kali, rehat lagi 1 minit kemudian buat lagi 10 kali. HA... ini baru permulaan nak kempiskan perut yang boyot dan nak jadi blogger macam cpj yang hansem(ahaks). Buat ni setiap hari sekiranya duduk lama menghadap komputer. Oh ya jangan lupa, bila buat sit up tu, kalau kaki lurus, kesannya pada pinggang, tapi kalau kaki dibengkukkan pulak, kesannya pada perut......
SELAMAT MENCUBA!...
Sumber: CikguPJ
Nota kaki