Rasanya seluruh pencinta ilmu ternanti-nanti apa kesudahan episode Dr Asri Dan Ust Zamihan.Dahulu ana sempat bersembang dengan Sohibus Samahah Dato Shekh Badaruddin Hj Ahmad Mufti Kedah berkaitan dengan isu ini.
Hasil dari perbincangan melalui telefon dengan beliau,beliau melontarkan buah fikiran agar diadakan suatu debat ilmiah.
Ternyata itu merupakan perkara yang baik untuk akidah umat Islam di Negara ini.Syaratnya debat yang berlansung itu mesti ilmiah dan bebas dari taasub dan emosi.
Wakil-wakil parti politik,ngo,tok-tok guru pondok,para mufti dan pencinta ilmu perlu dijemput menyertai program ini.
Kertas kerjanya hanya dua:
- Untuk Dr Asri pada ana beliau bentangkan tajuk: 'Bahaya Berpegang Kepada Mazhab' rasionalnya adalah kerana beliaulah yang mempelopori fahaman bebas mazhab di kalangan masyarakat di dalam Negara kita.
- Untuk Ust Zamihan pula tajuknya: 'Bahaya Bebas Mazhab'.
Tempat yang ana cadangkan ialah Dewan Millenium Kepala Batas dan dirasmikan pembukaannya oleh YB Tun HJ Abdullah Ahmad Badawi dan perasmian penutupnya oleh Timbalan Presiden PAS YB Ust Hj Nasharuddin Mat Isa. Perantara untuk program berkenaan ana cadangkan ialah Cikgu Azmi Abd Hamid Presiden Teras.
Maka dengan debat ilmiah ini buat menjadi suatu perintis kepada wacana ilmiah di kalangan umat Islam agar titik perpaduan dapat dicari dari merintis bibit perpecahan hasil tindakan taasub yang penuh kebiadaban terhadap ilmu yang memangsakan para salafus soleh terutamanya Imam Mazhab.Insya Allah Ana akan usahakan supaya perdebatan ini menjadi kenyataan…
Wallahu A'lam.
Sumber: AN YANQUSSO DEEN WA ANA HAYYUN?
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10