Ulama' mengakui kebenaran Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 27, 2010

Ulama' mengakui kebenaran Umno

Sama ada kumpulan G40 redha atau tak bukan lagi jadi persoalan. Yang nyatanya bila depa hantar borang masuk Umno, secara automatik depa dikira mengiktiraf dasar dan cara perjuangan Umno.

Bharian melaporkan:  
Minat ulama muda menyertai UMNO bukti penerimaan golongan ulama terhadap pendekatan parti itu dalam memperjuangkan Islam, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Bharian
Maksudnya kumpulan G40 ni dikira mengiktiraf tindakan Umno selama ni yang bagi lesen untuk judi. Bukan setakat bagi lesen judi toto tapi sampai bagi lesen untuk kasino antara yang terbesar di dunia di Genting Highland.  

Bukan setakat ambil duit lesen tapi juga cukai dari industri judi tu yang kemudiannya duit tu disatukan ke dalam satu akaun yang diguna untuk mentadbir dan membangunkan negara termasuklah untuk membangunkan masjid. Lebih dahsyat lagi duit dari hasil judi tu antara yang terbesar dari jumlah pendapatan negara,

Kumpulan G40 ni jugak dikira mengiktiraf segala akta dan perundangan yang zalim yang bercanggah dengan kehendak Islam. Contoh yang paling jelas adalah ISA yang menjatuhkan hukuman kepada tertuduh tanpa dibicarakan, yang terang-terang bercanggah dengan kaedah Islam.

Kumpulan G40 ni jugak dah pun dibagi satu tugas khas, tugas untuk "membantu (menjelaskan) dan menangkis segala tohmahan-tohmahan dalam bidang agama".

Kita boleh tengok macamana lepas ni depa nak bersilat bila Umno "ditohmah" buat benda yang bercanggah dengan Islam. Tah macamana rupa "bunga silat" depa bila kena jalankan arahan parti yang berlawan dengan hukum Islam.

Aku rasa depa takkan mampu cegah dengan tangan, nak cegah dengan mulut pun belum tentu mampu. Akhirnya terpaksa guna kaedah "tegur dengan hati". Maksudnya depa mengaku iman depa lemah, mungkin jauh lebih lemah dari "jaguh kampung."

Takkan kut iman ulama' muda terpelajar lagi lemah dari "jaguh kampung" yang cuma juara lompat katak kut..

   Cenangau Daunkari  

Nota kaki makan cekam:  Kesian kat depa, dah la penyokong PAS hari-hari hentam depa, dalam Umno pulak tak lebih dari sekadar pencacai...


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...