Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan peniaga, Muslim Ahmad, 54, daripada tiga pertuduhan menghantar komen bersifat jelek terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui portal internet www.perak.gov.my.Kena ingat sikit, dia dibebas bukan pasai mahkamah kata tak salah, tapi pasai ujud prima facie. Jadinya jangan pulak ada yang silap faham maki sultan tak salah pulak.
Selepas empat hari dibicarakan, Hakim Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi yang memanggil 10 saksi, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muslim. - eBel News
Komathy, dalam penghakimannya berkata berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan ke sembilan iaitu, Pengurus Bahagian Forensik Digital, Cybersekuriti, Mohd Zabril Adil Talib, 31, gagal menunjukkan ada kaitan atau persamaan antara masa komen yang dihantar dengan masa Muslim mengakses internet.Maksudnya, kalau takat ada no IP saja, tak boleh jadi bukti yang kuat. Kena ada bukti lain yang pasda masa tu memang tertuduh sedang guna internet menggunakan IP tu.
Selain itu, hakim berkata biarpun defendan seorang suspek dalam kes berkenaan berikutan alamat pengguna Internet Protokol (IP) yang digunakan miliknya namun secara amnya sesiapa saja boleh menggunakan alamat IP yang sama untuk mengakses internet.
"Ia menunjukkan ada kemungkinan terdapat orang lain menggunakan alamat IP yang sama digunakan oleh defendan," kata Komathy kepada Muslim yang dilihat begitu gembira. - eBel News
Pasainya setau aku ada 2 jenis IP saja yang Streamyx bagi, shared IP atau dedicated IP. Kalau dedicated IP tu memang kita punya saja tapi kalau shared IP tu kongsi ramai-ramai, ikut nasib IP nama yang free.
Cenangau Daunkari
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10