Peduli Palestin - Turki Batal Perjanjian Air, Beku Rancangan Bekal Gas Kepada Israel | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 25, 2010

Peduli Palestin - Turki Batal Perjanjian Air, Beku Rancangan Bekal Gas Kepada Israel

Ekoran serangan terhadap armada Kebebasan ‘Freedom Flotilla’ yang mengorbankan 9 warganegaranya, Turki telah mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel

Kapal Mavi Marmara yang diusahakan oleh sebuah
NGO Turki IHH, sebelum diserang tentera Zionis Israel
(Gambar - Kapal Mavi Marmara yang diusahakan oleh sebuah NGO Turki IHH, sebelum diserang tentera Zionis Israel)

Terbaru, Turki telah membatalkan perjanjian membekalkan air dengan rejim tersebut untuk jangkamasa 20 tahun yang ditandatangani pada tahun 2000.

Akhbar nasional rejim Israel menegaskan pembatalan perjanjian tersebut adalah hukuman bagi negara haram itu, yang telah menolak permintaan masyarakat antarabangsa supaya ‘memohon maaf’ kerana menyerang konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Negara haram itu juga telah menolak dan tidak mahu membayar sebarang pampasan kepada keluarga yang syahid dalam kejadian tidak berperikemanusiaan itu.

Menurut perjanjian air terbabit, Turki akan menjual sekitar 1.75 bilion kaki padu air setiap tahun kepada Israel.

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa pembatalan projek air bukanlah tanda pertama kemarahan Turki atas insiden Freedom Flotilla.

Turki turut membekukan rancangan untuk membekalkan Israel dengan gas alam dari Rusia menggunakan paip bawah laut - ikhwannet

Sumber: BuletinOnline

Nota kaki makan cekam:  Zionis Israel memang CELAKA


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...