Mungkinkah PRK di Parlimen Batu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 18, 2010

Mungkinkah PRK di Parlimen Batu?

Macam aku tulis sebelum ni "Kalau boleh, malaikat pun Umno nak rasuah" aku yakin keputusan Mahkamah Tinggi  kurangkan hukuman denda untuk Tian Chua untuk mengelakkan perlu diadakan PRK di Parlimen Batu.

Pasainya aku yakin sangat dari segi nilai jumlah denda RM3,000 atau RM2,000 takdak beza sangat bagi Tian Chua, mesti pengurangan tu atas sebab lain.

Hari ni eBel melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang.

The Malaysian Insider difahamkan penelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut. - eBelNews
Masalahnya la ni adalah ayat undang-undang. Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan menyebut:
Artikel 48 (1) (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau
Perkataan "tidak kurang daripada dua ribu ringgit" tu sebenarnya cukup jelas. Kalau RM1999.99 dia tak hilang kelayakan tapi kalau RM2,000.00 dan ke atas kelayakan sebagai Ahli Parlimen akan hilang.

Macam aku tulis sebelum ni, memang kalau boleh malaikat pun Umno sanggup nak bagi rasuah, aku yakin kali ni pun Umno akan buat apa saja untuk pastikan takdak PRK di parlimen  Batu.

SPR, sebagai "kelab penyokong" Umno Bn dah pun mula 'berusaha' ke arah tu. Kalau betul-betul SPR bebas, dia boleh terus mengistiharkan kerusi tu kosong. Tapi SPR tak berani nak buat macam tu walaupun depa yakin memang Tian Chua hilang kelayakan bila dijatuhkan denda RM2,000.

Apa yang SPR boleh buat untuk bagi takdak PRK? Macam2 depa boleh buat. Jenis otak pembelit ala-Umno ni macam-macam depa boleh fikir yang kita kadang-kadang tak terfikir.

Yang aku terfikir la ni mungkin SPR akan tanya hasrat hakim tu bila dia buat keputusan kurangkan denda kepada RM2,000. Mungkin dalam Penghakiman Bertulis, boleh dinyatakan 'niat sebenar hakim' tu.

Apa pun masih ada lagi satu proses iaitu rayuan di Mahkamah Rayuan. Persoalannya adakah Tian Chua dan PKR nak buat rayuan lagi di Mahkamah Rayuan. Kalau buat rayuan, aku yakin denda tu akan turun lagi, mungkin kali ni hanya tinggal RM1,000 saja.


Nota kaki makan cekam:  Aku harap sangat Tian Chua bertegas takkan merayu lagi. Biar kita tengok apa pulak auta Umno BN takmau bagi ada PRK.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...