Nampaknya segala persoalan tentang krisis perak terutama yang membabitkan sidang Dun akan kekal dalam keadaan tergantung. Takdak kuasa yang boleh mengesahkan atau membatalkanya, dan Umno BN menggunakan kuasa polis menguatkuasakan keputusan yang depa buat.
Banyak persoalan yang masih lagi tak putus sampai hari ni. Macamana dengan status Sidang Dun Perak 7 Mei 2009 yang dipertikaikan tu. Sah ka sidang Dun tu yang dengan Timbalan Speaker Hee Yit Fong mengendalikan sidang tanpa persetujuan Sivakumar sebagai speaker yang sah?
Sahkah lantikan Ganeson sebagai speaker yang dilantik masa tu. macamana pulak dengan status Sidang tu dengan kehadiran 6 Adun BN yang digantung?
Dan banyak lagi persoalan yang berkait dengan undang-undang yang tak terjawab sampai kini yang bersangkut dengan krisis Perak semenjak 5 Februari 2009. Dan semuanya berkait antara satu sama lain yang cuma boleh selesai kalau Dun Perak dibubarkan.
Memang layak sangat la peristiwa hitam tu disebut sebagai Kudeta. Satu bentuk rampasan kuasa yang tak melibatkan senjata tapi memperkosa semua institusi yang ada termasuk institusi Istana dan kehakiman.
Yang paling bangang sekali bila tindakan heret Speaker keluar dari Dewan pun 'diistiharkan' sebahagian dari prosiding Sidang Dun. Demi untuk memastikan Umno terus berkuasa, depa akan buat apa saja yang depa mampu.
TvSelangor melaporkan:
Panel hakim Mahkamah Rayuan mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian dari prosiding Majlis Dewan Undangan Negeri.
Lantas, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan itu, begitu keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar hari ini.
Hakim Abdul Malik Ishak, Hakim KN Segara dan Hakim Abdul Wahab Patail hari mengambil keputusan sepakat menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap Speaker lantikan BN, R Ganesan.
Keputusan ini disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.
Panel tiga hakim berkenaan turut mengenakan RM20,000 terhadap Sivakumar sebagai kos perbicaraan.
Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi dari Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah. - TvSelangor
Cenangau Daunkari
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10