Insiden Mavi Marmara II : Trilogi Najib,Obama dan Ahmadinejad | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 03, 2010

Insiden Mavi Marmara II : Trilogi Najib,Obama dan Ahmadinejad

Mula-mula sekali aku nak tanya kat hang pa, especially dari sebelah "sana", tau ke beza antara Yahudi, Zionist dan Israel ni. Rasanyer ramai lagi yang dok jahil lagi.

Rajin2 lah jengok komen dalam laman sosial ker, blog ker, yang sentuh mana-mana bab Palestine-Israel ni. Berperang yob, macam Hamas lawan Fatah. Yang paling best bila keluar ayat ni,  "ni soal Palestin, jangan campur la hal politik". Atau pun ayat yang lebih keramat lagi, "kita ketepikan la fahaman politik, rakyat Gaza menderita tu...ayoh Melayu Umno, PAS dan PKR mari bersatu, jahanamkan yahudi laknatullah!!!"

Huhhh!!! Naik meremang bulu roma. Bukan semangat. Nak termuntah.

Toya la hang pa...

Nak bersekali untuk demo bab Palestin ni aku tak kisah asalnya. Bukan PAS dan Umno tak pernah bergabung mengutuk Zionist. Tapi peristiwa dua tiga menjak yang berlaku kat Malaysia nih, aku makin jadi geli geleman dengan puak biru berkarat nih. Macam nak meludai... Sori la mana2 yob yong Umno yang terbaca posting ni, tapi cuba korang fikir pasal 2-3 perkara ni...

Baru 3 hari balik dari jumpa Obama, keluar dalam lapuran AFP, kenyataan dari Najib,
"it's going to be quite inevitable that additional sanction will be impose in the near future unless there is some movement in the right direction by Iran."
Aik macam mana ni...lagi bengong aku bila baca lapuran ni...
"Petronas would "certainly" lift its suspension on gasoline supplies if Iran complied with the IAEA. We believe in engagement but Iran has to respond as well there are some clear indications of their non compliance."
Patut la... jadi betul la cerita  ada diplomatik Malaysia yang dipanggil pulang oleh Wisma Putra kerana mengundi untuk menentang resolusi terhadap Iran berhubung aktiviti nuklear tu.

Datuk Mohd Arshad Hussain, bersama-sama wakil dari Venuzuela dan Cuba mengundi menentang resolusi tu. 6 lagi berkecuali, yang lebih dari 25 tu setuju.

Pasal apa Amerika dok beria-ria nak buat sekatan kat Iran tu, korang agak-agak la sendiri.

Lagi satu hal bab APCO...malas nak cerita panjang2. Tapi tengok la yang dok dalam Lembaga Penasihat Antarabangsa APCO. Seorang daripadanya Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) - adik beradik Mossart, yang jadi hal ehwal luar Israel. Sudah la mamat ni jadi penal APCO, syarikatnya ASERO adalah rakan sekutu APCO. ASERO didaftarkan di Israel. Tugas ASERO adalah sebagai penasihat kepada hal ehwal keselamatan Israel.

Banyak lagi yang terlibat dengan APCO - ASERO. Carl Truscott, Margery Kraus, Denise Teeling dan ramai lagi. Bersilang-silang. Malas nak ulang, buat penat nulis. Hang pa yang sokong Umno kata kami fitnah jugak. Tapi ingat, hak nama 2 last tu...Margery Kraus dan Denise Teeling adalah pengarah APCO Worldwide Malaysia Sdn.Bhd, yang didaftarkan kat Malaysia. Bukan aku cakap. Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang cakap.

Dah kalau ambik syarikat yang jadi penasihat keselamatan negara haram Israel pun hang pa kata tak pa, aku nak kata apa lagi. Lagi pun duit RM77 juta yang bayar kat APCO - ni kenyataan Nazri dalam Parlimen - bukannyer duit rakyat yer tak. Satu duit pun tak pakai duit gomen tak pakai. Semua datang dari sedekah jariah ahli-ahli Umno campur sikit sumbangan ikhlas tauke-tauke judi belaan hang pa, betul tak...?

Cukup la dua hujah tu. Hang pa fikir la elok-elok. Tolak emosi dan tolak politik persepsi. Ada fakta, perhalusi. Jangan telan bulat2 lepas tu jaja 1Malaysia ini fakta. Guna akal waras. Kalu nak sokong jugak Umno, tu bukan masalah aku. Ni kan negara demokrasi...Tapi kalau kami Melayu PAS ker, PKR ker, DAP ker atau mana2 Melayu tak mau joint hang pa, hang pa jangan meroyan dan kecik hati pulak...Lakonan hang pa dah tak real macam dulu-dulu lagi.


teratailiar
nuraffendya@yahoo.com


Nota kaki makan cekam:  Zionis memang CELAKA


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...