Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak perlu cepat memberi reaksi berhubung dakwaan ada agenda pihak tertentu menimbulkan isu Wahbi dan Jemaah Islam (JI) sebagai strategi pilihan raya. Selaku presiden, Abdul Hadi seharusnya tunggu dan lihat perkembangan seterusnya dan tidak mudah gaduh untuk membuat tafsiran.
Mengulas rumours yang dibuat oleh portal berita tidak bijak. Lainlah sudah ada kenyataan terus dan terang dari pihak kerajaan yang mengaitkan perkara berkenaan. Cara Abdul Hadi terus mengulas itu samalah dengan sikap setengah pemimpin Pas yang pelahap dengan pembesar suara atau tape recorder wartawan.
Terlalu cepat memberi ulasan terhadap sesuatu yang belum sahih ataupun yang dibangkitkan oleh portal dan blog tidak bagus juga. Apakah Pas telah menganggap portal berkenaan cukup berwibawa dan bertindak menjadi mata telinga kepada Pas. Kalau portal berita berkenaan digaji oleh Pas menyiasat mengenai sesuatu ada logiknya kalau Hadi mengulas.
Sebelum ulas pastikan dulu dan tilik apakah motif portal berita berkenaan mengeluarkan kenyataan demikian. Sikap bijak mengenali hala tuju media massa dalam soal ini penting bagi mengelakkan kita terperangkap dalam jeratnya. Media massa suka kalau pemimpin politik mengikut telunjuknya.
Ada kesan buruknya bila Hadi sudah bercakap mengenai perkara tidak sepatutnya beliau bercakap. Bercakap mengenai apa saja, kepada sesiapa saja memberi gambaran presiden itu tidak tahu menjaga standard dan statusnya sebagai presiden. Selaku presiden Hadi seharusnya memilih topik untuk mengulas agar kata-kata dan pandangannya dilihat bernas dan mahal.
Wibawa seseorang pemimpin itu akan dilihat kepada perwatakan, peribadi dan mutu atau nilai isi percakapannya di samping sejauh mana kreativiti mindanya dalam memperkatakan sesuatu. Presiden tidak sama dengan Naib Presiden yang suka bercakap kerana ingin mencari publisiti atau untuk dilihat mereka tidak telor. Sebab itu ada Naib Presiden Pas cakap apa saja sama ada ia ada kaitan dengan dirinya ataupun perjuangannya parti atau tidak. Gurauan perdana menteri agar minta menamakan kucingnya pun diulas lebih separuh muka surat.
Kelemahan Abdul Hadi dalam soal ini adalah kelemahan para pegawai dan penasihatnya. Pegawai Abdul Hadi, termasuk setiausaha politik dan akhbar boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar mana isu yang relevan atau tidak untuk dicapakkan.
Tengok, kesan daripada tidak berhati-hati bila Hadi ulas mengenai perkara itu terkeluar ayat yang akan dikomersilkan oleh pembangkang yang berbunyi; "Memang saya sekolah di sekolah Wahbi, tetapi saya ada pemikiran sendiri." Secara tak langsung pengakuan yang berbentuk sinikal itu telah mengesahkan bahawa beliau rapat dengan Wahabi.
Benarlah kata bidalah, lebih baik kita diam dalam sesutau perkara yang tidak kita dalami daripada memperkatakannya kerana ada kalanya bila kita bersuara kita akan menyerlahkan kelemahan diri sendiri. Ertinya selama kita mendiamkan diri dalam sesuatu bidang kita akan dianggap mengetahuinya cuma enggan bersuara saja.
Sumber: MSO
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10