40 ulama' Phd akan sertai Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 24, 2010

40 ulama' Phd akan sertai Umno

Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengaku "kawan baik" bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin bagitau semalam, ada 40 orang ulama' yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang agama akan sertai Umno Jumaat ni.

Dia jugak bagitau yang dia dah jumpa depa semua dan depa sendiri yang memaklumkan hasrat depa tu pada dia. Katanya depa akan serahkan borang tu kepada Najib sendiri sebagai presiden Umno.

eBel News melaporkan Shahidan berkata:

"Mereka menyatakan pendirian mahu berada dalam UMNO untuk terus menggerakkan dakwah. Jika UMNO silap mereka akan tegur dan jika yang baik mereka akan memuji," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, daripada 40 ulama itu, dua daripadanya adalah rakyat Perlis dan mereka adalah antara ulama terkenal di negeri ini.

"UMNO Bahagian Arau sedang berusaha untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO di bahagian ini dan jika itu berlaku, maka mereka akan diberikan jawatan dalam dalam Biro Agama Islam," ujarnya. - eBel News
Ulama' dari Perlis yang bukan pemimpin PAS yang aku kenal cuma 2 orang iaitu 2 orang yang dilabel sebagai "pengganas JI" Dr. Asri Zainul Abidin bekas mufti dan mufti sekarang Dr. Juanda Jaya.

Tapi, Malaysian Insider melaporkan:
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu. - TMI
Pada aku takda kapa yang perlu diherankan kalau betul 2 Ulama' tu masuk Umno. Pasainya bila depa setuju jadi Mufti kerajaan negeri yang dikuasai Umno BN, secara tak langsung depa dah pun bersetuju bersama dengan Umno. Cuma belum isi borang Umno ja lagi.

Sama ada depa akan serah borang masuk Umno atau tidak Jumaat ni, nak kena tunggu hari Jumaat jugak la. Tapi aku yakin depa tak jadi nak serah borang esok, mungkin lain kali kut. Mungkin jugak depa tunggu ada kalau lagi PRK lepas ni. Masu tu baru la "berbaloi' kalau nak masuk Umno pun.


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Jangan pulah ada yang kata aku mendoakan depa masuk Umno, tapi persepsinya memang macam tu, sekurang-kurangnya pada pandangan aku.


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...