Walaupun majoriti kata DAP tak boleh pakai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 21, 2010

Walaupun majoriti kata DAP tak boleh pakai

Aku yakin majoriti orang melayu kat Malaysia ni masih lagi rasa DAP tak boleh pakai, tak boleh percaya atau sekurang-kurangnya masih sangsi dengan 'keikhlasan' DAP.

Aku yakin dalam Pas sendiri pun masih ramai yang berfikiran macam tu, termasuk aku yang masih lagi ada sikit prejudis dengan DAP.  

Tapi, realiti yang ada sekarang, pada aku DAP jauh lebih baik dari MCA dan Gerakan, malah pada aku DAP dari banyak segi jauh lebih baik dari Umno.

Sebagai bukti untuk salah satu hujjah aku, aku petik kat bawah ni sebahagian dari yang Harakahdaily laporkan:   
"Setiap tahun peruntukan akan diberikan, contohnya tahun sudah Madrasah Al-Aminiah berjaya membina makmal sains. Pembelajaran sains juga wajar dipertingkatkan pembelajaran di SAR supaya pelajarnya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang sekali gus," tambahnya.

Bantuan kali ini meliputi Maadrasah Manabil Ulul sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah (RM159,000), Madrasah Al-Aminiah (RM183,000), Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah (RM166,275), Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak RM120,000.

Sekolah Menengah Othmaniah (RM90,000), Institut Pengajian Ar-Razi (RM70,000), SABK Khairiah Islamiah (RM23,000).

Manakala SABK Al-Masriyah (RM30,000), SABK Wan Jah (RM13,000), SABK Faqiyah Daimiah (RM22,000), SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 (RM19,000), SABK Al-Mashoor Islami (RM25,000), SABK SMATI (RM22,000), SABK Al-Imam An Nawawi (RM3,000), Sekolah Menengah Al-Itqan (RM96,275) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum sebanyak RM45,000. - Harakahdaily
Jangan pulak ada yang heran kalau masa kempen PRU13, ada budak pondok berjubah dan berserban naik motosikal tak pakai topi keledar sambil mengibarkan bendera roket.  

Nota kaki makan cekam:  Nampaknya takdak peluang la BN nak rampas balik Pulau Pinang.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email Dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...