Aku duk agak dia ni sebenarnya selama ni tunggu masa yang sesuai untuk lompat keluar. Masa-masa sebelum ni tak berapa sesuai dia nak lompat keluar. Bukan tak boleh cuma kurang sikit keberkesanannya.
Dia ni aku rasa dok tunggu kalau ada PRK kat semenangjung yang calon Dap bertanding. Walaupun di menang masa PRU12 dulu atas tiket PKR tapi dia lebih dikenal sebagai bekas pimpinan Dap. Dia pernah jadi MP Bukit Bintang dulu atas tiket Dap.
Jadinya kalau calon Dap yang bertanding dalam PRK baru kesan dia lompat keluar tu besar sikit. Tapi nak buat macamana, dia pun dah tak tahan duduk lama-lamajadi berudu kut. Jadinya dia pilih untuk melompat keluar sempena PRK Sibu yang calon Dap bertanding walaupun dia sedar kesan dia lompat tu tak tara mana sangat dibandingkan kalau PRK tu di sebelah semenanjung.
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Ahli Parlimen Wangsa Maju yang disebut-sebut akan keluar PKR sejak Februari lalu akhirnya meninggalkan parti itu hari ini.
Dengan keputusan itu, Wee (gambar) menyertai empat rakannya yang sudah pun memperoleh status sebagai Ahli Parlimen Bebas setakat ini termasuk wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat Mac lalu.
Bekas pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang ini telah berkal-kali menafikan spekulasi mahu keluar parti.
Wee mengumumkan keputusannya di sini hari ini ketika Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertemu di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu sekarang.
Pengundian adalah Ahad ini.
Menurut Wee, beliau mahu keluar PKR kerana kecewa dengan cara kerajaan negeri Pakatan Rakyat menangani dakwaan rasuah yang dibawa terhadap syarikat perniagaan pasir negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Isu itu dibawa oleh Ahli Parlimen Kapar, juga dari PKR, Sabtu lalu. - MalaysianInsider
Alasan pasai isu rasuah pasis konon!!!
⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10