Malaysiakini melaporkan:
Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.Kalau tak silap aku, status sebagai wakil rakyat akan terlucut jika mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2000 atau lebih ataupun menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun atau lebih.
Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.
Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.
"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown. - Malaysiakini
Tapinya, kalau jadi pun, lambat lagi PRK tu pasai tentu punya Gobala akan buat rayuan. Ada lagi mahkamah boleh dirayu. Kalau kes tahun 2002 ni tahun 2010 baru jatuh hukuman, kalau buat rayuan mungkin jugak 8 tahun lagi baru selesai. Untuk makluman, kalau tak silap aku, PRK takkan lagi dibuat kalau melebihi tempoh 3 tahun lepas PRU.
Tapi, tak mustahil, kecekapan mahkamah rayuan dalam kes MB Perak hari tu boleh berulang lagi. Jadinya kut mana pun nak kena bersedia jugak.
⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10