Walaupun ramai yang mengharapkan agar Ust Azizan sebabgai MB Kedah membubarkan DUN tapi nampaknya sampai hari ni Ust Azizan belum dapat ilham macam tu.
Di pihak penyokong pakatan rakyat mengharapkan Ust Azizan bubarkan DUN untuk pastikan supaya sejarah hitam rampasan kuasa politik perak tak berulang di Kedah pulak.
Umo di satu pihak memang mengharapkan sangat Ust Azizan bubar DUN pasai depa dah penat buat kerja sungguh-sungguh nak beli ADUN Pakatan Rakyat. Setakat ni depa baru berjaya dapat 2 ADUN dari PKR. Kena ada 3 lagi Adun yang lompat baru ada harapan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh jatuh.
Masalahnya depa setakat ni kekurangan calon. Calon yang dikatakan mungkin paling layak tak ramai. Nama yang selalu disebut-sebut pun cuma ada 3, Kulim, Sidan dan Kota Darul Aman. Kecuali la kalau depa boleh tarik Adun dari PAS lompat sama, satu usaha yang namak macam hampir mustahil buat masa ni.
Pun begitu, Umno memang menaruh harapan Ust Azizan akan bubar DUN dalam masa terdekat ni pasai depa percaya Ust Azizan jenis yang teguh berpegang pada janji. Baru-baru ni Ust Azizan pernah kata, dia akan jumpa Sultan untuk mintak bubar Dun kalau ada sorang lagi Adun Pakatan Rakyat melompat.
Jadinya aku rasa usaha Umno BN kalau setakat nak jumpak sekor lagi berudu rasanya takdakmasalah sangat, cumanya mungkin lani tengah tunggu masa yang sesuai untuk berudu tu bertukar jadi katak.
MalaysainInsider melaporkan:
⊗
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat mengetepikan amaran wakil rakyat Bebas Zulkifli Noordin tentang kemungkinan episod “Perak Kedua” sambil menegaskan, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) buat masa sekarang.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri mengakui sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kekal bersama ikatan itu, sekali gus mengelakkan nasib yang menimpa Perak awal tahun lalu apabila tiga wakilnya keluar parti.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan beliau tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti.
“Ia cuma mengadakan perbincangan dengan mereka malam tadi dan saya yakin dengan kesetiaan mereka.
“Tiada masalah dalam Pakatan. Masalahnya hanya daripada Adun dari Barisan Nasional,” kata beliau ketika dihubungi. - MalaysianInsider
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10