Pemimpin Umno memang bangang!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 29, 2010

Pemimpin Umno memang bangang!!!


Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Mei - Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.

"Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.

"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40. - Bernama
Pemimpin Umno ni memang bangang. Langsung tak rasa bersalah menggadaikan hak orang melayu. Bila nak lawan DAP dan PAS sibuk depa mengaku sebagai pejuang bangsa, tapi bila masuk bab yang boleh masyuk, persetan dengan orang melayu.

Setahu aku tanah di Kampung Baru tu berstatus Rezab Melayu. Dalam Perlembagaan persekutuan Perkara 89 (3)(b) menyebut:
(b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya, dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu. 
Maknanya,kalau tanah di Kampung Baru tu nak di buang status Rezab Melayu, kerajaan kena ganti tanah rizab melayu tu dengan tanah di tempat lain. Masalahnya adalagi ka tanah yang boleh ditkar jadi rezab melayu sedangkan selama ni pun banyak tanah rezab melayu yang ditukar status tapi tak berganti.

Bangang betui la pemimpin Umno ni. Perkara yang orang bukan melayu takmintak pun depa saja sukarela nak bagi. Tak ke bangang namanya.

Takkan takdak cara lain nak boleh bagi naik nilai hartanah kat situ.

Nota kaki makan cekam:  Kita tunggu pulak apapresiden Perkosa Perkasa nak kata apa dalam isu ni.    

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...