Adakah MB Kedah akan bubarkan DUN? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 14, 2010

Adakah MB Kedah akan bubarkan DUN?

Masa tengah seronok tengok perlawanan suku badminton Malaysia lawan Denmark malam kelmarin dulu kat medan selera dekat kampung aku, ada sorang member boleh tanya aku.

Dia tanya "Betul ka Ust Azizan nak bubar Dun Kedah dalam lepas PRK Sibu?"
Aku tanya dia balik mana dia dapat khabar angin macam tu."
Dia bagitau "Baca kat blog."
Aku tanya lagi "Kat blog mana?"
Dia kata "Tak ingat laa.. tapi dia kata kat Malaysian Insider pun ada tulis, Zulkifli Nordin komen.

Aku cuma jawab, "Dak kut, Umno saja cucuk Ust Azizan supaya da bubar Dun kut."
Tiba-tiba semua orang bersorak, rupa-rupanya Hafiz Hashim dah menang.




Rupa-rupanya memang Malaysian Insider ada tulis, macamana la aku ja yang terlepas pandang.
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini membayangkan episod Perak tumbang berulang dalam waktu terdekat sambil menasihatkan sebuah “kerajaan negeri Pakatan Rakyat” agar mengambil langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zulkifli (gambar) yang dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mac lalu tidak menamakan kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun tumpuan kini menghala ke arah negeri di Utara Semenanjung.

Zulkifli memberitahu The Malaysian Insider, dua Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar dalam waktu terdekat.

Tindakan itu menurut wakil rakyat Bebas ini, boleh menyebabkan tumbangnya satu lagi kerajaan negeri mirip Perak awal tahun lalu.

“Saya tidak mahu menamakan siapa mereka (yang akan keluar) tetapi saya boleh mengesahkan mereka akan meninggalkan parti tidak lama lagi... dalam waktu terdekat ini.

“Mereka cuma bimbang apa akan terjadi jika mereka keluar, jadi mereka memanggil saya untuk mendapatkan nasihat,” kata beliau ketika dihubungi. - MalaysianInsider

Memang la ada kemungkinannya tapi setakat ni aku yakin tak akan berlaku. Pasainya kalau nak jadi dari dulu dah depa boleh buat. Lagi pun sapa lagi ADUN PKR yang tinggal di Kedah pun. Yang ada 2 orang Exco, takkan nak lompat. Lain la kalau ada rombakan Exco Kedah lagi dalam masa terdekat ni. Adun Sidam katanya memang tak goyang langsung.


Tapi kalau betui DUN Kedah bubar bagus jugak. Aku yakin dengan ketegasan Ust Azizan, PAS kedah akan dapat bertanding lebih banyak kerusi berbanding masa PRU12 dulu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...