Ataupun mungkinkah kali ni akan ada pemimpin PAS Kawasan pulak yang akan pecah rekod, lompat keluar parti. Kalau ada pemimpin PAS yang berani buat macam tu, memang nak kena laknat la.
Harap-harap andaian aku tak betul.
Bukan apa, bila ada laporan yang kata ADUN Kerau dalam keadan stabil tapi masuh kritikel, keberangkalian akan ada PRK di DUN Kerdau cukup tinggi.
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keadaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal.
Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).
"Saya diberikan taklimat oleh doktor ketika saya melawatnya di Hoshas pada Sabtu lepas dan diberitahu keadaannya stabil tetapi sangat kritikal, tetapi semalam (keadaannya) stabil tetapi kritikal" katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang 2010 di sini, hari ini. - mStar
Jadinya, berdasarkan apa yang dah berlaku sebelum-sebelum ni, dan jadi pulak di Sibu semalam, tak mustahil akan ada jugak pimpinan PKR belah Kerdau sana yang akan lompat jugak kalau ada PRK kat sana.
SIBU, 10 Mei (Bernama) -- Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng, 42, hari Isnin mengumumkan keluar parti.Untuk makluman, keputusan PRU2008 DUN Kerdau seperti di bawah:
Katanya beliau bercadang untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai parti yang mana.
Ketika ditanya Jee mendakwa beliau keluar dari parti itu disebabkan perbalahan dalaman dan keadaan parti yang kucar-kacir.
"PKR di sini kucar-kacir dan ramai ketua cawangan di sini yang berebut jawatan serta bergaduh setiap kali diadakan mesyuarat," katanya yang menyertai parti tersebut sejak awal penubuhannya.
Bercakap kepada pemberita di sini, Jee mendakwa seramai 70 rakannya akan turut keluar PKR. - Bernama
Berkampung di Pahang la pulak... ⊗
N28 KERDAU
Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %
1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)
Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122
Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10