Rasuah pasir: MB Selangor jumpa S Manikavasagam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 11, 2010

Rasuah pasir: MB Selangor jumpa S Manikavasagam

Nampaknya ada sikit sinar dalam isu rasuah pasir di Selangor ni. Sebelum ni berlaku cabar mencabar antara MP Kapar, S Manikavasagam dengan MB Selangor, Khalid Ibrahim berkenaan tuduhan ada 3 pegawai Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM, 11 Mei: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Kapar,  S Manikavasagam  berhubung dakwaan wujudnya rasuah di kalangan pegawai atasan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Pertemuan ini akan membolehkan Ahli Parlimen Kapar itu membuat aduan secara rasmi berkenaan dakwaannya yang melibatkan pegawai atasan di KSSB serta mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan syarikat berkenaan bebas dari rasuah.

Demikian beritahu Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada MB Selangor dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila pertemuan ini akan diadakan tetapi memaklumkan, hasil pertemuan ini akan diumumkan pada sidang akhbar selepas  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selesai bermesyuarat esok. - Harakahdaily
Sebelum itu, S Manikavasagam tak jadi nak buat laporan polis dan mendedahkan nama pegawai terlibat walaupun dah berjanji akan melakukannya hari ni. Sebaliknya dia bagi tempoh sehingga Jumaat ni untuk Menteri Besar menubuhkan satu badan khas untuk siasat kes tersebut.

Malaysian Insider melaporkan:
KLANG, 11 Mei — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang berjanji untuk membuat laporan polis hari ini tidak berbuat demikian, sebaliknya memberi kata dua baru — mendesak Menteri Besar Selangor menubuhkan badan khas siasat dakwaan mengenai rasuah.

Semalam beliau berkata, akan mendedahkan nama-nama pegwai atasan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. hari ini selepas membuat laporan polis di sini.

Pagi ini, Manikavasagam menggesa Tan Sri Khalid Ibrahim menubuhkan badan khas sebelum Jumaat ini untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan tiga pegawai atasan Kumpulan Semesta.

Beliau mengubah pendiriannya selepas mengadakan pertemuan dengan sembilan Ahli Parlimen semalam.

“Mereka meminta saya menunggu sehingga Jumaat ini... mereka hendak menggesa Tan Sri Khalid agar menubuhkan satu badan bebas sebelum Jumaat,” kata Manikavasagam di sini hari ini.

“Jika beliau gagal (untuk berbuat demikian), saya akan membuat laporan (polis) Isnin depan,” katanya. - Malaysian Insider  
 ⊗

Nota kaki makan cekam:  Harap-harap takdak berudu yang akan bertukar menjadi katak diakhir isu ni.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...