Apa Mesej Gospel? Kalimah Allah di Sibu
Saya ingin menarik perhatian pembaca Muslim yang mengikuti blog ini bahawa menurut Wong Ho Leng, calon DAP bagi pilihanraya kecil Sibu, “If elected, I will call upon the prime minister and home minister to immediately cease the legal dispute with the Christian churches over these matters to protect the freedom of religion in Malaysia for non-Muslims,”.
Sejak bila pula tiada kebebasan beragama di Malaysia?
Kira-kira 53 persen dari 55,000 pengundi di parlimen Sibu adalah penganut Kristian. (sumber di sini).
Dalam pada itu, Datuk Ngeh Koo Ham, seorang lagi orang kuat DAP, mengingatkan pengundi di Sibu, "If you don’t speak up now one day they will classify Christianity as subversive. The Christians of Sarawak must help the Christians of West Malaysia. It is tougher for us because we are only 10 per cent (of the population).” Beliau menyuarakan 'perpaduan Kristian' itu dalam satu majlis ‘An Evening with Pakatan Christian Leaders' di salah sebuah hotel di Sibu.
Sementara itu pimpinan PKR, Datuk Tan Kee Kwong menyeru supaya hadirin di majlis itu 'menyebarkan mesej Gospel' seperti 'corrupt practices'.
“You cannot be fence-sitters anymore you must spread the message of the Gospel,” said Tan. (sumber di sini)
Saya ingin mengajak saudara-saudara membuka Hikayat Abdullah. Dalam hal ini, Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya, berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya):
"It was therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper malay style. Nevertheless there still remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my changing a number of expressions which are not normally used by malays. Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right, very good..." (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009 halaman 294.
Apakah pengajaran dari petikan pendek di atas?
1) Misionaris dari dulu sehingga sekarang tidak pernah lelah menyebar mesej Gospel. Ada-ada saja cara untuk 'menyebar' mesej Gospel. Dan mesej itu sendiri berbau 'muslihat'. Harus diingatkan dari petikan di atas juga, 2) terjemahan 'doktrin Kristian' bukan datang daripada orang Melayu tetapi daripada misionaris sendiri, 3) penganut Islam-Melayu telah lama 'mencurigai' cubaan menggunakan kalimah Allah bagi agama Kristian dan, 4) bahawasanya setiap era dan zaman akan ada manusia Islam seperti Munshi Abdullah 'yang terpedaya'. Dan PAS serta pimpinannya, silap-silap UMNO pun sama, boleh sahaja 'tertipu' atau 'merelakan diri ditipu' dengan pelbagai helah dan muslihat misionaris tanpa disangka.
Jika dahulu misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri dan mencegah mudarat yang bakal tiba ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya.
Sumber: FaisalTehrani
Alangkah baiknya kalau pemimpin PAS yang berkampung di Sibu boleh tolong ulas sikit hal ni.
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10