Malaysian Insider melaporkan
KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetai sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.⊗
Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi “gunting dalam lipatan” hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.
Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka “keluar sahajalah dan jangan
khianat.”“Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.
“Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi,” kata Khalid dalam tulisan terbaru blognya.
Dalam menjawab reaksi pengunjung-pengunjung berhubung tulisan sebelum ini yang bertajuk “Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat”, Khalid berkata “jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar.”
“Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’,” katanya lagi.
Artikel itu yang disiarkan 11 Mac lalu menyambut tindakan tegas diambil Parti Keadilan Rakyat ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin. Zulkifli, yang membuat laporan polis terhadap Khalid kemudian telah dipecat dari PKR.
Khalid dan Zulkifli yang berhadapan dengan 'perang mulut' ekoran isu kalimah Allah sejak awal tahun ini berkata, walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa wakil rakyat yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR.
Justeru dalam tulisan semalamm Khalid menjawab pandangan yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung blognya.
Khalid juga berkata, beliau yakin PAS tidak akan mengetepikan PR kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap parti Islam itu.
Oleh itu tegasnya, tidak wajar pula PAS menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.
“Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar.
“PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan
PAS.“Bahawa ia tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ia hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ia diketepikan,” katanya.
Sambil menekankan artikel beliau bulan lalu sebenarnya mempunyai “serampang banyak mata”, menurut Khalid yang penting ialah mempelajari daripada pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan.
Oleh itu kata beliau, antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu mengetepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap dalam PR.
“Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengetepikan kepentingan parti demi
PR.“Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’,”
katanya.Khalid berkata, kepentingan dan dasar adalah tidak sama, dan ramai yang tidak faham sambil mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS.
Jelas beliau, sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam bukan kepentingannya seperti mahu Menteri Besar mesti dari PAS walaupun hanya lapan kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya.
“Perjuangan dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas.
“Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat.
“Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan umat Islam dan yang bukan Islam,” katanya.
Dalam penerangan panjang lebar ini, Khalid yang sedang menjalani hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan ekoran masalah disiplin memberitahu, di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama
mereka.“Pada masa sama, PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama Umno-BN,” katanya.
Beliau menambah, dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan.
“Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini.
“Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan
Islam.“Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang,” kata Khalid.
Beliau juga menarik perhatian bahawa “mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam.”
Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa dalam PR, kata Khalid sambil menambah, “sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri.” - Malaysian Insider
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10