PUTRAJAYA: (2010/04/26) Bermula hari ini hingga 2 Mei depan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi ruang kepada warga negara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih atau memohon menukar alamat menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010 yang dipamerkan suruhanjaya itu.Maknanya, ada tempoh sampai hari Isnin ni ja lagi kalau ada pihak-pihak yang teringin nak buar kerja, maksud aku, kalau ada petugas di Lokaliti, UPU, MTD atau JPN yang berminat nak semak nama-mana dalam rang daftar tu.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, urusan daftar pemilih suku tahun pertama antara Januari hingga Mac tahun ini menerima 134,294 permohonan daftar pemilih baru dan 23,028 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Beliau berkata, mereka yang sudah mendaftar sebagai pemilih, tetapi nama tidak tersenarai dalam rang daftar pemilih tambahan itu boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B supaya nama mereka disertakan dalam senarai itu.
“Mereka yang mahu membantah kemasukan nama individu tertentu dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 2010 bagi sesuatu bahagian pilihan raya boleh melakukannya dengan mengisi Borang C.
“Kedua-dua borang ini perlu diserahkan kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010 dipamerkan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Bukan itu saja, beliau berkata, SPR turut mempamerkan nama pengundi yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih dengan alasan mereka sudah meninggal dunia, lucut hak warga negara atau sudah bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan polis, sekali gus hilang kelayakan sebagai pengundi pos.
Oleh itu, katanya, bagi membersihkan daftar pemilih, SPR memohon kerjasama waris mereka untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit menguburkan waris secara pos, atau menggunakan faksimili di talian 03-88889117 atau hadir di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.
Menurutnya, pemilih berdaftar juga digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2009 dan membuat pembetulan dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina dan nombor rumah pemilih di kaunter Ibu Pejabat SPR Putrajaya atau dengan menelefon 03-88856500, Pejabat Pilihan Raya Negeri atau menerusi laman web www.spr.gov.my.- myMetro
Mana la tau kut-kut ada pihak yang teringin nak buat bantahan, kena ingat bantahan tu kena buat paling lewat hari Isnin depan, jangan lupa kena bayar RM10.00 untuk setiap nama yang dibantah.
Kalau kerja dalam masa seminggu ni tak buat, bukan takat tak buat, taktau pun kerja ni kena buat, bila sampai pilihanraya nanti, tak payah la susah-susah cakap pasai pengundi hantu, buat penat ja. Lagi satu, tak payah la susah-susah nak tahan bas kata bawak pengundi hantu ka apa, sia-sia jaa...
Lagi satu, saja aku letak lagi gambar jadual kat atas tu. Untuk yang tak tengok lagi boleh baca ulasan pasai rajah tu kat entry aku sebelum ni. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia Baca Email dapat cash Media Pengiklanan Baru Affiliates domain. $0.10 USD for every referal Iklan text di sini, cuma RM10