Cadangan ciri utama calon Pakatan Rakyat untuk PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 29, 2010

Cadangan ciri utama calon Pakatan Rakyat untuk PRU13

Rasa nak gelak pun ada bila baca posting terbaru moniermatdin. Tapinya, bernas idea member dia tu.
 "Munir, aku ingat lepas ni kalau ada P.Raya Umum lagi, kita suruh Pakatan letak calun-calun hat tua-tua, yg ada sakit kronik yg agak-agak boleh tahan dlm dua tiga tahun tu pi jadi calun."

Pasal pa?

"Ya lah, mcm depa dok habag, kalau kita nak kawasan kita maju, nak merasa duit dan segala makneka bantuan dari kerajaan turun mai dari langit, waktu paling sesuai nak demand ialah bila mana ada p.raya kecik. Nak adakan p.raya kecik, wakil rakyat situ kena mati dulu; nak ada wakil rakyat mati kita kenalah letakkan calun yg agak-agak nak pi dah dlm masa setahun dua lagi tu pi bertanding kat situ".

Ha - betoi jugak.

Bila mai waktu kempen, bolehlah calun tu naik pentas kempen kat org ramai habag kata:

"Tuan-tuan dan puan-puan, undilah saya, pilihlah saya jadi wakil rakyat tuan-tuan, saya ni dah tua dah, rumah kata pergi kubur kata mari, ada 1001 makneka penyakit, semua ada sakit buah pinggang ada, kencing manis ada, jantung ada, barah ada, mcm-mcm ada. Undilah saya, nanti kalau dlm masa setahun dua ni jika ditakdirkan saya pi dulu, insyaallah akan ada P.Raya kecik kat sini, waktu tu tuan-tuan dan puan-puan bolehlah demand nak minta macam-macam hatta kalau minta suruh buat hi-way dari rumah tuan-tuan terus ke Genting Highland tanpa melalui Batang Kali pun boleh; minta apa-apa pun insyaallah boleh. Undilah saya, bagilah peluang saya berkhidmat dengan berkorban untuk tuan-tuan selepas saya sudah tiada lagi nanti. Undilah saya!".

Kata kawan saya ni lagi:

"Elok juga letak calun yg nak mati dah duduk kat situ, sure dia tak lompat dan tak makan rasuah dah, ya lah org kalau dah tau dia nak mati dia tak main dah rasuah-rasuah dan lompat-lompat ni, maklumlah benda tu ada kaitan dgn bab dosa dan pahala bila dok main dengan Amanah Amanah org ini"

Saya tanya:

"Kalau dia menang, tapi dia tak mati-mati jugak macam mana?"

Selamba saja memba saya ni jawab:

"Senang saja, suruh dia letak jawatan, bagi alasan masalah kesihatan, memang betoi pun, memang sakit teruk tapi cuma tak mati mati lagi. Lepas tu buatlah P.Raya kecik mcm yg kita dok sembang tu".
 Entry sepenuhnya boleh baca kat sini.

Aku rasa untuk PRU13 nanti, aku nak cadang kat Pas Kawasan Part Buntar suruh letak calon macam tu laa. Lagi pun dengar cerita Dr. Mujahid pun orang Penang memang nak sangat dia bertanding kat Penang. Lagi pun dia kan Timbalan PJ Penang memang patut pun kalau orang Penang nak dia betanding di Penang, takkan takdak kerusi 'selamat' untuk dia bertanding kat sana kut.

Aku rasa Pas Parit Buntar takdak masalah kalau nak cari calon macam kawan si Munir cadang tu. Aku pun teringin jugak nak rasa ada pilihanraya kecik kat Parit Buntar ni. Aku rasa kat Parit Buntar ni letak sapa pun lepas ni boleh memang punya, pasainya ramai yang aku nampak sangat-sangat yakin.  ⊗
Nota kaki makan cekam:  Aku rasa kalau takat mintak lampu jalan kat kampung aku boleh dapat laa kut... takkan selamanya nak harap cahaya terang dari bulan purnama jaa... Lagi satu, statement aku yang last tu, tolong la jangan baca selapis...  :D



Jom join pay per click pertama Malaysia Baca Email dapat cash Media Pengiklanan Baru Affiliates domain. $0.10 USD for every referal Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...