Daftar pengundi baru, PAS kalah dengan DAP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 29, 2010

Daftar pengundi baru, PAS kalah dengan DAP

Aku mula tengok gambar ni kat dalam facebook, taktau sumber mana member tu dapat. Memang panas hati bila tengok data tu sampai jadi malas aku nak ulas walaupun aku rasa aku cukup ada hak ulas pasai bab daftar pemilih ni memang 'bidang kegemaran' aku.

Tiba-tiba terjumpa ulasan dari Aris Awang. Jadi tak payah la aku ulas, aku copy paste dia punya ja dah laa...

Cubalah teliti jadual dibawah mengenai Pendaftaran baru pemilih oleh parti-parti tahun 2009 dan sehingga Februari 2010.

Senarai ini tidak termasuk pemilih yang mendaftar sendiri di pejabat POS, Pejabat SPR atau yang SPR tolong daftar.

Untuk tahun 2009 parti Barisan Nasional (BN) telah berjaya mendaftar melalui PPS mereka ialah sebanyak 26,962 orang dan tahun 2010 ialah 5,490 orang, oleh itu jumlah keseluruhan sehingga Februari 2010 ialah bersamaan 32,452 orang.

Sementara untuk parti Pakatan Rakyat (PR) telah mendaftar pemilih mereka melalui petugas Penolong Pendaftar Sementara (PPS) untuk tahun 2009 ialah sebanyak PAS 17,022, PKR 3,331 dan DAP 17,790 bersamaan 38,143 orang. Dicampur pula sehingga Februari 20101 iaitu PAS 2,379, PKR 1,320 dan DAP 3,182 menjadikan jumlah keseluruhan sehingga 2010 ialah 44,967 orang.

Jika inilah corak pemilih yang berlaku, iaitu pemilih yang berdaftar melalui PPS parti masing-masing maka untuk pemilih 2009 sehingga Feb 2010 Pakatan Rakyat telah memenangi dengan majoriti 12,515 undi!!!.

Namun apakah hakikat ini akan berlaku, Apakah komponen BN akan berdiam diri melihat situasi ini. Apakah tiang gol akan dilarikan oleh pengadil? segala kemungkinan akan berlaku.

Namun perkara yang lebih menarik ingin aku kongsi bersama ialah konsistennya kerja-kerja DAP dalam soal daftar pemilih ini sejak dahulu ketika mereka melancar Projek Tanjung 2 sehingga sekarang. Kerja mereka istiqamah. PAS Kedah telah belajar dari DAP dalam soal daftar pemilih sejak mereka melancarkan projek Tanjung 2 itu. (Teringat aku kepada Allahyarham Cikgu Mustaffa Long, yang berbincang dihujung tahun 1980an dengan projek di Kedah yang kekal hingga sekarang...... Al-Fatihah untuk beliau)



Jadual ini sengaja di ketengahkan, Untuk renungan bersama pemimpin Jabatan Pilihanraya Negeri-Negeri, cubalah lihat hasil kerja kalian semua, terutama PAS Terengganu, apa sudah jadi???.

Bolehkah menang? Atas kertas BN telah mendahului dengan majoriti 6,885.

PAS Selangor pun agak berat juga tu, baru boleh daftar hanya 1,170 orang untuk tahun 2009.

Jadual disebelah di berikan urlnya oleh Ustaz Nasir, Ahli Parlimen Padang Terap semasa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah baru-baru ini. Untuk link ke The Edge yang menyiar jadual di atas sila klik di sini. - Aris Awang
Agak-agak PRU13 ni faktor mendaftar pengundi baru ni boleh bagi untung PAS ka?    ⊗

Nota kaki makan cekam:  Bukan nak kata kat orang, budak-budak kampung aku pun aku tak check lagi, nasib baik la Zambry tak berani nak bubar DUN Perak... :D


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...