Sungguh² dia bagi alasan dia tak jadi nak masuk sebagai calon bebas pasai calon yang BN akan pilih tu adalah calon
Takdan pun dua malam dia boleh lena tidur, hari ni Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 April — Umno Hulu Selangor tidak menolak V. Mugilan merupakan pilihan yang popular bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini, tetapi menafikan Timbalan Ketua Pemuda MIC itu proksi pihaknya bagi menggantikan Datuk G. Palanivel.Dia nak pusing kut mana pulak lepas ni aku tak tau la. Pasainya yang menafikan bernda tu bukannya pemimpin Umno pusat tapi Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor sendiri. Tambahan pulak isu tu tak Pakatan Rakyat angkat jadi isu panas. Kalau dah jadi isu panas mungkin laa kut Ketua Bahagian tu buat kenyataan mungkin pasai dia ditekan mana² pihak. Ni tak, tiba² saja ketua bahagian tu buat penafian.
Ketuanya, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar juga menolak spekulasi bahawa beliau mengiktiraf Ketua Pemuda MIC Selangor itu untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil bulan ini. - MalaysianInsider
Tapinya bacaan politik aku, sebenarnya Ketua Bahagian tu masih main tarik tali lagi. Depa memang taknau sungguh² calon dari MIC. Pasainya depa yakin sungguh kalau calon dari MIC yang bertanding tak kira sapa pun, peluang untuk BN kalah memang sangat cerah. Pasai tu la walaupun ramai yang kata Mugilan tu popular tapi masih tak cukup polular untuk menang.
Mungkin di ni masih lagi berharap Mat Tyson akan dipilih jadi calon. Pasainya kalau ikut contoh di Bagan Pinang dulu,memang terbukti dengan 'kekuatan' yang ada pada Isa Hasan, BN boleh menang besar.
Tapi, kalau la terjadi akhirnya Najib pilih jugak Mat Taib jadi calon, seronok jugak. Bukan apa, keadaan tu pasti akan buka ruang untuk banyak lagi 'kemungkinan politik' yang mungkin lagi hebat, bukan saja dalam BN tapi mungkin jugak akan berjangkit dalam Pakatan Rakyat. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10