Noh Omar nak lawan Perkasa, MCA tinggalkan majlis Konvensyen BN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 07, 2010

Noh Omar nak lawan Perkasa, MCA tinggalkan majlis Konvensyen BN

Satu peristiwa yang menyeronokkan untuk Pakatan Rakyat berlaku dalam Konvensyen BN hari ni bila wakil MCA keluar dari Konvension BN dengan rasa tak puas hati.


Malaysiakini melaporkan:

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hany
a lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan. - Malaysiakini
Aku rasa sebab lain yang lebih  buat wakil MCA tak pusa hati bila Noh Omar bercakap macam nak lawan Perkasa. Nak lawan sapa lagi kuat perjuangkan bangsa melayu.
Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini. - Malaysiakini
Adakah tindakan wakil MCA ni akan jadi cermin kepada tindakan penyokong MCA masa PRK P94 Hulu Selangor hujung bulan ni? Sama² kita tunggu.  ⊗B



Nota kaki makan cekam:  Tu lah masalahnya bila Umno sebagai partai perkauman bawa slogan 1Malaysia. Tara mana sangat nak boleh berlakun? :D

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...