Mana suara blogger membela TG Nik Aziz? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 12, 2010

Mana suara blogger membela TG Nik Aziz?

Lama jugak dah Kickdefella 'tembak' kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Semenjak dia 'dipecat' dari PMBK
dulu banyak dah peluru dia keluar, hala ke TG Nik Aziz sendiri sambil² tembak tala lain termasuk yang sebelum ni dia tala ke Pemuda PAS Kelantan, atau lebih tepat lagi hala ke Pasti Kelantan yang duduk bawah Pemuda Pas Kelantan. Aku yakin akan ada banyak lagi peluru akan keluar lepas ni dalam usaha dia 'menjatuhkan' TG Nik Aziz.

Sebagai 'sayap kanan' parti, memang Pemuda Pas Kelantan patut menjawab, dan memang depa Ta ada autoriti untuk menjawab. Tambah pulak sebagai pemuda, Pemuda PAS Kelantan kalau perlu boleh menjawab 'cara orang muda' yang berdarah panas.

Sebagai 'menjawab' tuduhan Kickdefella tu, Pemuda Pas Kelantan cuma cabar dia buat dakwaan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tu pun kalau dia yakin dengan bukti² yang dia ada.

MalaysianInsider melaporkan:
Seorang penulis blog yang mendedahkan dokumen melalui blognya kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan parti dan kerajaan dicabar membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika yakin ada bukti kukuh.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberi respons tersebut terhadap beberapa siri tulisan salah seorang blogger sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar beliau jika beliau yakin terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan  Dato Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar.

“Menteri Besar seringkali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat jika terdapat mana-mana anggota pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini. - MalaysianInsider
Pada aku memang selayaknya dan sepatutnya Pemuda Pas Kelantan jawab tuduhan tu. Mungkin ada yang rasa lebih elok tak payah layan dakwaan Kickdefella ni. Pada aku tindakan macam tu hanya sesuai kalau ditujukan kepada bloggers biasa, maksud aku bloggers bebas yang bergerak secara sendirian berhad.

Masalahnya aku yakin dan aku rasa ramai yang yakin Kickdefella ni bukannya bergerak secara sendirian berhad. Aku langsung tak percaya kalau dia kata takdak sapa² biaya dia. Kalau tengok blog dia, memang nampak sangat cara dia menulis memang menjurus, memang ada 'target' dan dia sentiasa tembak ke arah target tu.

Sebagai seorang yang dibayar untuk 'tembak' target' tu, dia akan sentiasa pastikan tembakan dia tu kena ke sasaran. Kalau pun kita berusaha untuk tak lawan dia, dia akan pastikan satu ketika nanti kita 'terpaksa' melawan dia jugak. Dan tentunya dia akan sentiasa dibekalkan dengan peluru yang mencukupi untuk sentiasa menembak bila perlu.

Aku harap takdak dikalangan orang PAS yang terlalu ego, kata semua tuduhan Kickdefella tu takdak kesan pada PAS. Memang kalau tengok kepada batang tubuh TG Nik Aziz sendiri tak nampak kesan apa². Dia masih lagi dihormati sebagai Menteri Besar Kelantan. PAs Kelantan pun masih lagi memiliki majoriti di Dun Kelantan.

Tapi sebenarnya, terutamanya untuk orang luar, macam aku sendiri contohnya, sikit sebanyak timbul persoalan dalam hati, timbul keraguan jugak dalam hati. Tambah² lagi la bagi orang yang langsung tak pernah bersama dengan PAS.

Realitinya, Umno BN tak perlu harap kesan yang besar sangat dari tuduhan macam yang Kickdefella buat tu. Kalau boleh dapat 2% pun dah cukup banyak. Mungkin tak cukup banyak untuk tumbangkan PAS Kelantan tapi tak mustahil cita² dan harapan majoriti rakyat Malaysia nak tengok Pakatan Rakyat 'tawan' Putrajaya akan jadi tak lebih sekadar angan² mat jenin.


Aku cukup heran, pasai apa geng 'Bloggers PAS' dan jugak geng 'Bloggers PAS Refom' tak ambik inisiatif tangani tuduhan ni.  Takkan hangpa tak terbakar hati dengan semua tuduhan tu? Takkan boleh memanjang nak buat² tak nampak? Takkan tengok saja? ⊗

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  taupun, mungkinhak tuduhan Kickdefella tu memang benar ataupun ada sebahagiannya memang benar. Harap² tak laa....  :-|


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...