Sumber gambar: canstockphoto.com. |
Bagi yang teringat dulu masa mula Kelantan cadang kaunter berbeza antara lelaki dan perempuan dalam pasaraya di Kelantan, aku nak ingatkan dua benda tu tak sama. Kelantan buat dulu niat utama pasai nak jaga syariat tapi uang ni KTMB buat pasai nak "meningkatkan keselesaan para penumpangnya." Jauh beza tu.
Jangan sapa pandai-pandai kata depa tiru cara Kelatntan, kat kelantan mana ada komuter, depa tiru Jepun dan beberapa negara Eropah.
Bernama melaporkan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.
Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.
Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Customer Service Star Award 2009' dan program Ikhlas Dari Hati di sini Rabu.
Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah. - Bernama ⊗
Nota kaki
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10