Gambar hiasan (peghelihla) |
Rupa² kerajaan Kedah memang tak duduk saja. Mula-mula sekali kerajaan kedah menubuhkan SADA yang asalnya adalah Jabatan Bekalan Air Kedah yang dikorperatkan tapi masih milik kerajaan (bukan syarikat swasta macam yang Umno BN kata).
Dalam Nota Utara, kolum Zulkifli Yahaya dalam Harakah cetak terbaru ada tulis banyak dah yang SADA buat untuk menyelesaikan masalah air di Kedah. Selain dari mengganti paip² usang peninggalan zaman BN, SADA jugak sedang membina antara lain 3 logi baru di Kedah iaitu di Lubuk Buntar, Jeniang dan Padang Sanai dan membina rumah pam di Caruk Nau, Sungai Tok Pawang dan Kodiang.
Tapi tu lah masalahnya, bila dah hampir hari² keluar dalam tV kata Kedah tak buat apa², ramai yang tumpang sekali belasah kata PAsS tak pandai memerintah. Kata Ustaz Azizan tak layak jadi MB. Termasuk jugak kena belasah CEO SADA, Adzmi Hj Din.
Memang mengeluh sakan orang tua tu, tak puas hati sungguh dia orang kata SADA tak buat apa².
ALOR SETAR: Sebaik sahaja Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA) diwujudkan pada tahun ini syarikat air itu telah berusaha mengatasi masalah air dengan perancangan terdekat menambah loji, menaiktaraf kapasiti loji yang sedia ada dan menyenaraikan paip-paip yang tidak pernah berganti sejak berpuluh-puluh tahun untuk program penggantian.
Demikian dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato’ Adzmi Haji Din dalam temubual dengan Wartawan Warta Darul Aman.
“Dalam isu air yang digembar-gemburkan oleh media seolah-olah krisis air di Kedah sampai ke peringkat meruncing, pada hal telaga tidak kering, sungai masih ada air dan tidak ada seorangpun yang mati kekeringan malah ada beberapa penduduk yang kita senaraikan dalam kawasan pemantauan bantuan bekalan musim kemarau, mengatakan bekalan air mereka mencukupi dan tidak memerlukannya apabila lori SADA datang menghantar bekalan untuk mereka,” katanya.
Menurutnya, tuduhan bahawa kerajaan negeri tidak menghiraukan penderitaan rakyat yang ketiadaan air di musim kemarau adalah tidak betul.
“SADA bertungkus lumus, berkerja hingga larut malam untuk menyiapkan pelan perancangan pembangunan dan pengurusan air untuk rakyat tiba-tiba difitnah dengan pelbagai tuduhan.
“Usia SADA baru dua bulan dan kerajaan hari ini baru dua tahun memerintah sedang pemerintah terdahulu yang berkuasa selama berpuluh-puluh tahun mengabaikan masa depan rakyat dari segi bekalan air dengan tidak merancang pembangunan keperluan air supaya seimbang dengan pertambahan penduduk, pembangunan perumahan dan kepesatan industri,” ujar Dato’ Adzmi.
Katanya, Kedah mempunyai paip air sepanjang 12,000 kilometer semuanya termasuk paip besar dan paip servis. 40 peratus daripadanya dimasukkan ke dalam program pegantian semula.
Buat masa ini, katanya, Kedah mempunyai 33 buah loji yang mampu merawat air sebanyak 493 juta meter padu setahun. Daripada jumlah itu penggunaan sebanyak 216 juta meter padu dan kerajaan kerugian sebanyak 48 peratus daripadanya kerana hilang disebabkan paip bocor, kecurian dan proses pengewapan.
“Kemarau adalah lumrah alam dan pemberian Tuhan, kekurangan bekalan air yang berlaku adalah perkara biasa dan berlaku setiap tahun apabila tiba musim kemarau, kerana penggunaan air meningkat sebanyak 20 peratus iaitu sebanyak 0.912 meter padu sehari pada Jun tahun lalu dan meningkat kepada 1.101 meter padu sehari pada Februari tahun ini, disebabkan aktiviti menyiram pokok bunga meningkat kerana hujan tidak turun.
“Bayangkan berapa jumlah taman-taman perumahan dan rumah-rumah di pinggir Bandar yang menggunakan air untuk menyiram pokok landskap rumah masing-masing kerana kita ada semua data-data berkenaan dan ketika ini pokok minum air lebih banyak dari manusia” katanya.
Jelasnya, ekoran peningkatan kegunaan air berlakulah gangguan bekalan air di sesetengah tempat di kawasan tanah tinggi atau penghujung sistem paip, yang menyebabkan bekalan air hanya ada di waktu malam kerana di waktu malam seluruh penggunaan air tidak aktif.. - Kedahlani ⊗
Nota kaki
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10