Apa cerita masalah air di kedah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 26, 2010

Apa cerita masalah air di kedah?

Dalam berita di TV,boleh kata setiap hari akan ada cerita pasai masalah air di Kedah. Dah macam ada satu segmen khas dalam berita TV1 berkenaan masalah air di kedah.

Semalam, Bernama melaporkan:
SUNGAI PETANI, 25 Mac (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA ) diarah mencari penyelesaian mengenai masalah bekalan air yang dilaporkan semakin kritikal di beberapa daerah di negeri ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, KEDA harus mengambil langkah proaktif ekoran kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu gagal mengatasi masalah berkenaan.

"Inilah akibatnya membuat janji dengan tidak mengukur kemampuan yang ada hingga dua tahun memerintah kerajaan negeri tidak mampu membuat sesuatu selain dari berdolak dalih dan menyalahkan kerajaan lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1 Malaysia di UiTM Merbuk di sini pada Khamis.

Beliau berkata, KEDA akan mencari punca berlakunya masalah kekurangan bekalan air dan akan membantu rakyat mengatasi masalah itu secepat mungkin. - Bernama
Aku tak la nak tuduh Kerajaan Pakatan Rakat Kedah tak buat apa-apa bekenaan masalah air ni. Tapi sampai setakat ni aku tak pernah dengar perancangan yang meyakinkan dari Kerajaan kedah macamana nak selesaikan masalah air ni.

Selain dari 'menswastakan' pengurusan air di kedah kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) tak dengar apa perancangan yang Kedah dah buat.

Dengar ceritanya kalau nak betul-betul selesaikan masalah air ni, kerajaan kena keluarkan peruntukkan lebih 1 billion. Kalau betui perlukan 1 billion, kena la di bentangkan perinciannya dan jugak macamana cara nak boleh dapat 1 billion tu.

Apa pun, aku yakin Kerajaan Kedah memang dah "buat sesuatu". Masalahnya 'sesuatu' tu orang ramai tak tau. Aku boleh bayangkan macamana jentera kerajaan peringkat bawah terutamanya Majlis Ketua Kampung (MKK) nak menjawab bila kena belasah. Aku takut, bila depa tak boleh menjawab, depa pulak tumpang sama 'belasah' kerajaan negeri.


Ada jugak yang 'tolong jawab' kata kita yang tak duduk kat Kedah tak tau tapi mungkin orang Kedah sendiri tau serita sebenarnya. Masalahnya, "soalan maut" tu bukan MKK di Kedah ja yang kena tanya, 'bekas' JKKK kat Perak ni pun kena 'belasah' sama. Apa kami nak jawab??

Ataupun, mungkinkah aku sorang ja yang taktau?    ⊗

Nota kaki makan cekam:  Teringat lagi aku betapa mudahnua 'kerja' masa jadi 'pembangkang 100%' dulu. Tak payah susah-susah nak selesaikan masalah, kerja kita cuma belasah ja...


Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...