Hari ni pulak, Hishamuddin istiharkan yang cadangan pindaan rang undang-undang berkenaan ISA yang dijadualkan akan dibentangkan kali ni jugak mungkin ditangguhkan.
Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Alasan yang digunakan lebih kurang sama, "perlu dapatkan lebih pandangan dari masyarakat". Nak bagi depa paham pandangan dari orang ramai cara yang paling mudah tak lain tak bukan adalah dengan cara DEMO.
Beliau berkata walaupun draf rang undang-undang itu telah siap ianya mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.
Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada masyarakat untuk dapatkan lebih banyak pandangan mengenainya, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini Isnin.
"Tidak ada gunanya jika rang undang-undang itu dibentangkan pada sesi kali ini kalau orang ramai tidak gembira dengan cadangan pindaan yang hendak dilakukan," kata beliau.
Cadangan pindaan itu meliputi lima isu iaitu kuasa Menteri Dalam Negeri, tempoh penahanan, hak dan layanan ke atas tahanan, tanggapan orang ramai bahawa ISA disalahguna untuk tujuan politik, dan penahanan tanpa perbicaraan. - bernama
Jadinya, aku harap Dr. Hatta bersama 'team demontrasi' dapat rancangkan satu demo jugak untuk rang pindaan undang-undang ISA ni. Tak payah buat tempat lain, kena buat di Banggunan Parlimen pasai terbukti Umno BN lebih takut kalau demo dibuat di bangunan Parlimen.
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10