Lompat parti jadi bebas haram, lompat sertai pembangkang halal? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 15, 2010

Lompat parti jadi bebas haram, lompat sertai pembangkang halal?

BeritaMinggu pada Ahad melaporkan:
Dewan Pemuda PAs memutuskan Ahli Parlimen pembangkang yang mengistiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas  sebagai haram, sebaliknya menganggap Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hendak melompat parti bagi enyertai pembangkang menerusi gerakan 16 September 2008 sebagai halal.

Ketuanya, Nasaruddin Hassan, berkata ia kerana wakil rakyat yang keluar parti dan menjadi bebas dianggap berhijrah kepada jalan keburukan, manakala wakil rakyat yang hendak menyertai pakatan pembangkang membuat keputusan untuk berhijrah ke arah kebaikan.

"Itu perbezaannya. Wakil rakyat daripada pakatan pembangkang yang lompat parti atau menjadi bebas hukumnya haram tetapi kalau daripada BN hendak masuk pembangkang adalah halal kerana berhijrah untuk kebaikan." Katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda Pas Pusat di Ibu Pejabat PAS di sini, semalam. - BeritaMinggu
Aku takmau komen pasai hukum halal haram ni pasai aku memang tak layak. Tapi aku yakin ada ustaz yang boleh bagi hujjah lawan hujjah KP tu. Bagi aku sapa nak lompat pun, kalau dia wakil rakyat, tak kira dari belah mana pun, kena letak jawatan.

Pasainya, situasi politik pilihanraya kat Malaysia ni hampir semua keadaan dan tempat, majoriti orang mengundi ikut calon parti. Kalau nak ada pengecualian sikit pun mungkin kes PRK Johor Bahru bila Shahril Samad menang sebagai calon bebas.

Tu pun bagi aku dia bukan bebas dalam arti kata sebenarnya, dia bebas selepas keluar dari Umno, maksudnya yang mnengundi dia tu majoritinya adalah ahli atau penyokong Umno, mungkin depa mengundi lebih kepada kesian kat calon tu atau pun pasai marah kat Umno masa tu.

Jadinya, tak kira dari belah mana pun aku tetap akan kata kena letak jawatan. Kalau lompat masuk Pas tapi tak letak jawatan Ahli Parlimen jangan harap aku nak hormat, bersalam pun aku tak sudi.



Nota kaki makan cekam: Ada yang tanya aku kalau memang keputusan ahli majlis syura'  macam tu macam mana?  Aku jawa mudah saja, "Tunggu TG Nik Aziz dah tak jadi Mursyidul Am dulu la baru bincang pasai aku yakin selagi TG Nik Aziz duduk situ takkan ada keputusan macam tu punya.


Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...