Sepa sepakat kata dia lompat takdak lain melainkan memang dirasuah. Tah berapa juta dia dapat taktau tapi kalau takat nak hulur sikit habih semua ipar, biras dan tok besan pun boleh dapat. Takat anak bini tak habih makan.
Apa lagi dia nak tunggu, harapan nak ke putrajaya, tarikh 11 September dah lama lepas. Nak tunggu pilihanraya ke-13 jadi calon pun belum tentu. Nak 'bela' pengundi bukannya senang. Kalau kira yang pi pejabat sua bil api bil ayaq pun dah tak tahan nak layan nak tunggu apa lagi. Tumpang masih ada harga, lompat ja la.
Lagi pun marah orang melayu ni takat mana sangat. Kalau tengok 2 contoh 'katak' kat Perak sebelum ni pun takdak apa-apa yang jadi, sihat elok ja. Takat penaik banner suruh letak jawatan apa sangatnya. Rumah pulak dekat KL, apa dia nak risau. Lagi pun Cabang Bagan Serai pun dah lama meluat dengan dia.
Panjang lagi la depa punya hujjah pasai apa Hj Mohsin tu lompat, aku pun dah tak ingat. Siap sampai bertengkar sapa yang mungkin lompat dulu pulak lepas ni. Tapi biasa la orang Pas, last sekali depa buat keputusan katak tu lompat pasai takdak iman, jenih perjuangan takdak pegangan, apa nak heran kalau setakat nak khianat amanah pengundi.
Orang kuat YB Kuala Kurau pulak sorang member tu bagitau yang bagi jawapan 'skima', 'semua tu adalah proses pembersihan'. Dia kata macam pokok durian, buang buah busuk. Aku takut bukan pasai buang buah busuk tapi pasai pokok tu yang dah teruk, busuk sampai ke dahan, buah pun luruh la.
Wak Banjari pulak sampai telefon dengan YB Semanggol nak tanya sebab-musabab pasai apa wakil rakyat Bagan Serai tu lompat. Dia siap bagi 7 sebab yang tak lebih dari sekadar andaian semata-mata.
Aku lebih setuju dengan sorang member aku kat sini. Masa sembang bawah pokok 'ketapang', dia bagi sebab yang cukup menarik dan 'munasabah'. Dia kata katak tu lompat pasai semalam hujan lebat. Memang pun semalam hujan cukup lebat kat belah sini.
Agak-agak antara Kulim Bandar Baharu, Indera Mahkota, Ketereh, Kuala Kedah, Merbok, Hulu Selangor, Teluk Kemang atau Wangsa Maju, belah mana hujan lebat semalam?
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10