Terima kasih kepada al-brangi yang tolong bagi link ni yang aku terlepas pandang. Rupa-rupanya Blog Cina Islam cuma tolong sabar luaskan lagi saja, dia copy & paste dari sini. Bila tanya pakcik google aku cuma jumpa link ni yang dah 'mati', rasanya Cina Islan dah padam entry berkenaan tu.
Kat bawah ni aku tolong copy & paste artikel tu. Pasainya bila aku baca artikel tu, aku sendiri sangat setuju dan aku rasa takdak apa yang patut Cina Islan takut sampai padam entry tu. Cuma orang Umno (dan yang berjiwa Umno kalau pegang keahlian Pas atau PKR) saja yang akan terasa hati kalau baca entry tu.
______________
Tolong Kirim Salam pada UMNO
UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.
Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam). Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.
Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.
Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'. Bapak-bapak Profesor al-Kankungi pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.
Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.
Artikel berkaitan. Sila baca di sini, di sini dan di sini.
al-brangi: Bila bercakap pasal Islam, Melayu UMNO bangkit marah, oh pembangkang mempolitikkan Islam.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10