Kalau la YB Kuala Kurau yang lompat... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 04, 2010

Kalau la YB Kuala Kurau yang lompat...

Wak Banjari tulis:
Awal pagi ini saya menghubungi YB Yunus Jamhari, Adun Kuala Kurau berkaitan provokasi yang dimainkan oleh blogger saraf BN yang menulis bahawa beliau akan keluar dari PKR hari ini, jawapan tegas YB Yunos - TIDAK BENAR ! Berita itu sangat tidak benar. Mereka (blogger Umno) sedang mengambil kesempatan untuk kucar-kacirkan isu ini. - ABO

Kalau la Yunus Jamhari tu lompat, aku taktau la apa akan jadi pada dia. Kalau takat balin selipar tak main laa. Kalau ada yang pi bagi pemanpar kat dia pun aku tak heran. Kalau 'gangster' cina tak buat, 'panglima' melayu takkan tengok saja.


Aku rasa dia pun tau kat Parit Buntar ni ramai 'panglima'. Takkan dia lupa masa PA dia kena pukul dulu, berapa ramai 'panglima' turun. Lagi satu aku rasa sebelum 'panglima' lain jumpak dia, 'panglima' yang dok ikut dia dulu yang 'belasah' dia.


Lagi satu, kalau la dia melompat, aku boleh bagi jamin kat sini yang ahli dan penyokong Pas Parit Buntar takkan berdiam diri. Aku akan pastikan ada gerakan besar-besaran dan bersungguh-sungguh untuk pastikan pilihanraya akan datang, calon Pas pulak yang akan bertanding di Dun Kuala Kurau.


Kalau ditakdirkan calon PKR jugak yang bertanding masa tu aku akan pastikan ada jugak gerakan besar-besaran untuk pastikan calon PKR tu tak menang. Pada aku 'awlawiyat' masa tu bukan lagi kemenangan untuk Pakatan Rakyat, tapi aula untuk 'mengajar' PKR supaya lebih serius untuk membela kebajikan rakyat, bukan boleh suka-suka nak buat apa yang depa suka.


Aku rasa tak salah aku mewakili sebahagian besar ahli dan penyokong Pas bagi amaran kat sini. Biar pimpinan PKR ambil serius perkara ni. Hangpa kena ingat, kami dah bagi 2 kali peluang. Masa PRU10 tahun 1999, calon 'bebas' tarik diri untuk bagi laluan kepada calon PKR satu lawan satu dengan calon Umno, walaupun hampir semua jentera utama Pas masa tu tak setuju pasai karenah calon Pkr masa tu.


PRU12 sekali lagi bagi laluan untuk Pkr letak calon walaupun masa tu sebahagian besar jentera Pas semacam dah bersetuju untuk sabotaj pasai tak boleh lupa kelaku calon Pkr masa PRU10. Tapi memandangkan itu keputusan Parti, jentera Pas akur dan bantu calon Pkr sebaik mungkin.



Hangpa jangan lupa, kerusi Kuala Kurau tradisinya memang milik Pas. Pas pernah menang beberapa kali di kerusi tu, malah masa pilihanraya pertama tahun 1955 pun calon Pas dah menang kat situ. Lagi pun sampai la ni PKR masih tak mampu ujudkan jentera yang mantap kat Kuala Kurau walaupun dah ada wakil rakyat. Masih terpaksa bergantung kepada jentera Pas termasuk hubungan dengan orang cina.


Tapi kalau kali ni pun PKR 'buat taik' lagi, jangan harap ahli dan penyokong Pas boleh terus bersabar. Jadinya aku nak bagi amaran kepada pimpinan utama PKR

TOLONG JAGA WAKIL RAKYAT HANGPA!!!

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...