Sumber gambar: Al-Bakistani. |
Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.Memang la senang-senang boleh guna 'jawapan skima' kata wartawan salah faham ataupun kita boleh jugak kata wartawan salah petik. Tapi tara mana orang nak percaya lagi. Sekali sekala tak pa laa tapi kalau kerap sangat orang yang bangang saja yang akan percaya.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.
“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya. - Utusan
Lagi satu macam yang aku tulis kat sini, sekali sekala mungkin wartawan boleh pejam mata tapi kalau selalu sangat kena, pulak tu kalau kena kat wartawan jenih 'telinga nipis' kut-kut ada pulak yang kena saman malu ber juta nanti. Kalau dah keluar rakaman audio, nak kata apa lagi?
Ataupun mingkinkah betui macam yang Pak Bakar Penarikbeca tulis kat sini?
Berkaitan
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10