Sumber gambar: Tintahijau. |
Harakahdaily melaporkan:
"Sebenarnya mungkin silap faham dalam laporan tersebut. PAS mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian. Prinsip kita, sesiapa yang nak jadi ahli, kita memang mengalukan keahlian yang ramai dalam parti tapi bukan bermaksud kita menerima Zulkifli (Noordin).Bagus la Usr Tuan Ibrahim ambik tanggungjawab buat 'pembetulan' tu. Tapinya, walaupun pembetulan tu dah dibuat, rasanya nama Ust Tuan Ibrahim dah tercalar. Kalau dicampur dengan 'kesan' keputusan Jawatankuasa Disiplin' baru ni yang menggantung Khalid Samad dan hanya bagi amaran kepada Dr. Hasan Ali, nampak gayanya nama Naib Presiden 'kanan' Pas ni agak teruk tercalar.
"Menerima Zulkifli Noordin dalam PAS bermaksud kita menyakiti hati rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Dia dipecat atas masalah disiplin, jadi jika kita menerima (beliau) bermaksud kita menerima seseorang yang boleh merosakkan imej parti dan hubungan kita dalam Pakatan.
"PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan akan memelihara setiakawan dan perasan rakan dalam Pakatan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily pagi ini. - harakahdaily
"Kerosakkan dah berlaku". Aku harap Pas ada mekanisma nak baiki 'kerosakan' tu. Pas kena buat sesuatu untuk memulihkan baliknama baik beberapa pimpinan utama Pas. Aku harap sangat jangan sampai nama buruk beberapa pimpinan utama Pas ni mengurangkan peluang Pas untuk mencapai keputusan lebih baik dalam PRU13 akan datang.
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10