Add caption |
Kalau filem hindi macam taksah kalau takdak polis yang jahat, bukan takat makan rasuah tapi bekerjasama dengan gangster lagi. Kalau ada filem macam tu kat Malaysia, silap-silap nak masuk panggung pun tak boleh.
Jehan ni cuma cerita realiti yang ada di Malaysia la ni. Bukan filem pun cuma dokumentari pendek ja. Memang realitinya ada polis Malaysia yang jahat pun. Bukan polis ja, kalangan ulama' pun ada yang jahat, pasai tu la ada istilah ulama' su'(ulama' jahat). Jadinya takdak pasai kalau pihak polis nak marah kalau ada orang buat filem pasai polis jahat pun.
Tambah-tambah pulak kat Malaysia dalam 10 tahun kebelakangan ni memang banyak cerita timbui pasai polis jahat ni. Kalau takat cerita kena belasah gila babi dalam lokap tu dah jadi cerita biasa. Cuma Aduka Taruna ja yang depa tak berapa berani nak sentuh hari tu.
Bukan takat cerita polis pangkat prebet tahan kenderaan rata jalan mintak 'duit kopi', tuduhan ke atas Ketua Polis negara pun ada yang tulis, bukan takat tuduhan membuta tuli tapi siap dengan laporan polis dan kenyataan bersumpah sekali.
Kalau ada filem cerita pasai polis Malaysia yang jahat kira adillah. Pasainya cerita polis baik seminggu tah berapa kali disiar kat TV. Kalau dulu takat Gerak Khas ja, la ni dah tambah lagi dengan Akademi Polis. Tu tak masuk lagi dengan program 999 dan 360 yang sentiasa menggambarkan kehebatan Polis Diraja Malaysia.
"Jadi, apa salahnya jika kita menunjukkan sikap polis yang jahat itu? Kamilah cermin masyarakat. Daripada karya kami, masyarakat dapat lihat di mana mereka bagus atau tidak, atau kelakar," tambah beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam laman portal YouTube di bawah klip video pendek di bawah program 'Your Grandfather's Road' dengan judul 'Malaysian Film Industry?'. Klip video itu boleh dicapai melalui laman sesawang http://www.yourgrandfathersroad.com. - Erapakatan
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10