PKR bukan untuk pemimpin ingin kaya, PAS pulak macamana? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 11, 2010

PKR bukan untuk pemimpin ingin kaya, PAS pulak macamana?

Gambar hiasan.
Sinar harian melaporkan:
PASIR PUTEH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan semestinya tidak sesuai kepada pemimpin yang mahu meraih kekayaan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau tidak terkejut dengan pengunduran beberapa pemimpin PKR dan tidak berasa kehilangan mereka yang berkepentingan diri.

Katanya, apabila pemimpin terbabit menyedari PKR bukan lubuk harta maka mereka mengambil tindakan keluar parti, alasan mahukan parti lebih Islamik agama dan adil seperti yang dinyatakan hanya diada-adakan untuk menutup kelemahan diri.

”Pemimpin perlu memanfaatkan platform mereka dalam mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya untuk membina kekayaan.

”Bila ruang membina kekayaan tidak ada dalam PKR, mereka bertindak keluar parti dan PKR memberi kebebasan kepada mereka menentukan hala tuju,” katanya ketika menghadiri program Himpunan Muslimat Pasir Puteh di sini kelmarin. - Sinarharian
Itu kata PKR dan aku cukup yakin ada belambak lagi pemimpin macam tu dalam PKR. Lantak pi lah, pasai depa dalam PKR, malas aku nak campur sangat.

Yang aku risaunya dalam PAS ni. Kalau Setiausaha Agung PKR dah umumkan macam tu, PAS pulak aku rasa tak payah umum pun takpa. Aku yakin orang Umno pun tau PAS dari dulu memang macam tu. Malah antara sebab PAS masih boleh bertahan walaupun dah lebih 50 tahun ujud dan asyik kalah pun antara lain pun pasai tu jugak la.

Cumanya sejak PAS dah mula ada sikit sebanyak kuasa ni, nampak macam budaya tu dah semacam meresap sikit dalam PAS.

Aku tak nafikan, bukan semua pemimpin PAS macam tu, malah aku yakin hampir semua pemimpin PAS tak macam tu. Cuma ada segelintir yang macam tu. Terutama sekali yang sebelum ni tak pernah ada 'lorong' untuk jadi kaya. Tapi bila dah ada sikit kuasa ni, 'lorong' tu terbuka luas. Yang paling popular sekali 'lorong' balak. Lorong 'lesen atau permit' pun kelihatan menarik jugak. Selain tu ada lagi lorong "kontrek anugerah atau runding terus" pun ada.




Yang lagi teruk dari tu kalau guna ayat "semua ni untuk PAS". Yang ni aku paling meluat. Guna nama PAS untuk promote bisness depa. Masa untung banyak, tak banyak mana pun bagi kat PAS tapi bila lingkup nama PAS yang busuk.

Pasai tu aku dari awai lagi tak setuju kalau pimpinan PAS guna kereta mewah. Alasan yang selalu aku dengar "bukan kereta depa tapi orang bagi guna." Alasan lain pasai lebih selesa bila kena 'travel' jauh-jauh. Cepat sampai dan badan pun tak berapa letih, nak ceramah atau nak mesyuarat pun lebih selesa dan lebih berkesan.
Masalahnya bila benda ni dah jadi macam budaya, aku takut dijadikan alasan oleh pemimpin lain yang 'tak kaya' dan 'tak berapa kaya' tapi 'tak berapa nak layak' orang nak bagi kereta mewah. Bagi pemimpin yang selama ni takdak apa-apa, apalagi jalan yang depa ada untuk jadi 'sikit lebih kaya' untuk boleh pakaikereta 'sikit lebih selesa'. Yang paling mudah sekali guna 'lorong-lorong' tu la.

Aku taktau kat tempat lain, tapi pengalaman masa setahun Pakatan Rakyat memerintah Perak, aku memang nampak budaya ni. Member Terengganu pun ada bagi tau  budaya ni pun ada jugak masa PAS perintah Terengganu sepenggal dulu. Memang la tak banyak, tapi sebelum jadi banyak kena mula dari sikit dulu, bila berkembang baru jadi banyak.

Bukan la maknanya tak boleh pakai kereta 'selesa' sikit, tapi tolong la jangan sampai ke tahap 'bermewah', payah kami kat bawah ni nak jawab kalau kena tanya kat kedai kopi. Hangpa yang kat atas tu takpa la pasai kedai kopi pun mungkin hangpa jarang masuk. Kalau masuk pun mungkin 'coffie house' kat hotel.


Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Kalau benda macam ni tak dibendung aku takut akhirnya nanti akan jadi "masa belum dapat boleh la kata macam-macam, bila dah dapat... sama ja PAS dengan Umno ni. Tapi masa tu mungkin aku dah tak terpaksa jawab pasai aku mungkin dah tak aktif PAS masa tu.

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...