Kesilapan teknikal menyingkirkan TG Nik Aziz | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 29, 2010

Kesilapan teknikal menyingkirkan TG Nik Aziz

Sumber gambar: Malaysiakini.
Aku tak berapa nak paham apa sebenarnya yang nak disampaikan. Kalau betui sekadar 'kesilapan teknikal' soal "Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat hari ini" tak berbangkit. Kecualilah kalau "ada keperluan untuk tidak dipilih semula".

Kalau kita takmau pokok bergoyang, apa perlu kita saja-saja menghinggut pokok bila angin takdak pun bertiup. Malah kalau ada angin tu bertuip kita patutnya bagi pokok tu berhenti dari terus bergoyang.

Setiausaha Agung sepatutnya menjelaskan keadaan bukan lagi bagi tambah memeningkan.

mStar melaporkan:
Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti.

Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat hari ini.

"Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini hari ini. - mStar
Sebelum tu Malaysiakini melaporkan:
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan merasa bahagia jika tidak lagi dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata bahawa dalam PAS, ramai calon yang layak untuk menggantikannya dan bukan hanya diri beliau sahaja yang layak.

Ia ditambah pula dengan pengakuan beliau sendiri bahawa rekod kehadiran beliau tidak memuaskan untuk menghadiri program di luar Kelantan termasuk menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang lebih banyak diwakilkan kepada timbalannya Datuk Dr Harun Din.

"Rekod kehadiran saya memang buruk dan mungkin barangkali timbullah ... lebih baik ambil orang yang sihat," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa beliau dijangka tidak akan dikekalkan sebagai Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun lagi, yang keputusan mengenainya akan diputuskan Majlis Syura Isnin ini.

Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata "jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat." - Malaysiakini
Apa pun 'persepsi' yang cuba diujudkan oleh TG Nik Aziz memang cukup sesuai, sesuai degan taraf dia sebagai 'Tok Guru', bersikap tawadduk tapi dalam masa yang sama bersedia untuk terus memikul amanah jika masih diperlukan. ⊗

Nota kaki makan cekam:  Aku mengandaikan mesyuarat tu TG Nik Aziz payah nak hadir pasai dibuat di Kuala Lumpur. Kalau depa betui-betui nak bermesyuarat dengan TG Nik Aziz, apa salahnya mesyuarat tu dibuat di Kota Baharu?Masing-masing pimpinan kereta semua hebat-hebat, setakat nak turun ke Kota Baharu apa masalahnya? Kalau takat tiket kapal terbang kelas ekonomi ke Kota Baharu tu, berapa sangat.

Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...