Betui ka TG Nik Aziz tak diperlukan lagi sebagai Mursyidul Am Pas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 29, 2010

Betui ka TG Nik Aziz tak diperlukan lagi sebagai Mursyidul Am Pas

Aku harap sangat semua tu hanya khabar angin. Khabar angin yang disebarkan oleh golongan yang ada agenda peribadi dalam Pas. Dan aku harap sangat Majlis syura' Pas tak terpengaruh dengan mainan golongan tersebut jika ada.

Nak tak nak kita kena percaya kemungkinannya memang ada agenda besar tengah berjalan bila bukan setakat TG Nik Aziz nak disingkirkan dari Majlis Syura' tapi juga Ustaz Ahmad Awang, dua nama ni diketahui umum amat-amat menentang apa yang dipanggil "Kerajaan Perpaduan".

Aku harap sangat semuanya ni hanya sekar khabar angin.



Dalam keadaan persepsi kepada Pas yang masih belum lagi ok hasil dari macam-macam 'inside' selepas PRU12, Pas masih mengharapkan 'aura' yang ada pada TG Nik Aziz. Kalau Pas betul-betul mengharapkan sokongan dan penerimaan golongan bukan Islam kepada Pas, Pas atas apa hujjah atau alasan sekali pun tak boleh 'singkir' TG Nik Aziz .



Memang kalau agenda Perajaan Perpaduan nak jugak dijalankan, dua individu ni mesti disingkirkan dari Majlis Ulama' sebab dua individu ni memang cukup vokal menentang Kerajaan Perpaduan. Aku yakin selagi ada dua individu ni dalam Majlsi Syura', majlis Syura' takkan boleh membuat keputusan menyokong agenda Kerajaan Perpaduan kalaupun majoriti ahlinya secara peribadi bersetuju.

Apa pun kedua-dua individu tu dah pun nyatakan pendirian. TV9 melaporkan:
"Saya mujur (setuju) benar, kalu tak beri tugas kepada saya. Tinggal di Kota Bharu nak pergi Kuala Lumpur bukan senang, selain dari kerja banyak di Kelantan ni, masalah kesihatan saya pun.. jadi mujur benar kalau tak de..," kata TG Nik Aziz. - TV9
 Harakahdaily pula melaporkan:

“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.
Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.
Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.
Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu. Harakahdaily


Kalau benar tidak dilantik semula aku yakin kedua-duanya akan 'wala''. Cumanya aku tak boleh nak bayangkan macamana keadaan sokongan kepada Pas lepas TG Nik Aziz tak lagi jadi Mursyidul Am. Apa pulak yang akan jadi kepada Pas lepas tu.⊗

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...