Aku sangat setuju dengan salah satu idea Aduka Taruna yang dia lemparkan kat blog dia. Jadinya aku rasa idea tu patut diangkat jadi usul mesyuarat tersebut.
Cadangkan usul tu berbunyi:
Mana-mana kerusi yang wakil rakyatnya menkhianati Pakatan rakyat, kerusi tu diserahkan kepada komponen parti yang lain untuk ditandingi pada pilihanraya yang akan datang.
Ketetapan ini perlu untuk memastikan:
1. Calon yang dipilih oleh parti komponen adalah calon yang telah melepasi tapisan ketat dan diyakini tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat.
2. Kawasan, Bahagian atau Cabang dimana kerusi itu berada akan bersungguh-sungguh mengambil tanggungjawab memastikan wakil rakyat yang mewakili parti komponen berkenaan benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan yang lebih penting mengambil tindakan yang perlu untuk pastikan tidak melompat keluar.
Dengan ini saya membentangkan idea ini untuk diangkat menjadi usul Mesyuarat Khas Majlis Presiden parti-parti Pakatan Rakyat kali pertama tahun 2010.
Aku yakin ramai penyokong tegar Pkr akan melenting dengan usul ni. Nanti sat. Sebelum hangpa melompat tak ketahuan punca aku nak bagi satu fakta. Hangpa mesti tak teringat yang Pas jugak terpaksa korbankan satu kerusi tradisi Pas. Jangan tak ingat yang Ibrahim 'Raja Karak' Ali bertanding dan menang di Pasir Mas atas tiket Pas.
Aku harap sapa-sapa yang ada access kepada Presiden tolong bawak idea ni. Mintak tolong sangat-sangat!!!
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10