Hj Tempirai ambil iktibar dari kisah Rasulullah berdakwah ke Taif | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 16, 2010

Hj Tempirai ambil iktibar dari kisah Rasulullah berdakwah ke Taif

Aku tak berapa faham Hj Tempirai ni ambik iktibar kut mana. Takkan dia samakan 'hijrah' dia tu dengan 'hijrah' nabi ke Taif kut? Kalau ikut hujjah Ust Din Tantawi memang 'terpaling hanjap' iktibar angahnya ni.

Malaysiakini melaporkan:
“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu. - Malaysiakini
 Ataupun, mungkin dia mengharapkan orang baling dia dengan batu macam peristiwa Taif tu? Takkan kut? Sapa sangka Hj Tempirai ni boleh guna sirah nabi nak menghalalkan lompatan dia. Memang haibat orang tua ni...

Apa pun dia dilaporkan jugak berkata:
Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.

“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini. - Malaysiakini
Aku taktau bila nak "kendur" tu. Tapi kalau dalam masa terdekat ni dia nak bukak aku taktau apa akan jadi, mungkin dia kena bubuh 'jaga' untuk kawal pejabat dia tu.

Nota kaki makan cekam:  Betui ka penggunaan 'terpaling hanjap' tu? Kalau salah minta maaf la pasai aku ni tahap banjar rakai... hahaa

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...