Cina Islam hina Melayu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 02, 2010

Cina Islam hina Melayu?

Sinar Harian menyiarkan satu artikel macam kat bawah ni.

Idham keterlaluan hina Melayu: Khusairi


IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib minta ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah jangan keterlaluan menghina orang Melayu.

Menurutnya, Khalil meletakkan orang Melayu hina di matanya apabila sanggup melabelkan bangsa Melayu sebagai tidak boleh lari daripada tarian, berpakaian kebaya, tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam.

“Khalil juga mengatakan Melayu tidak boleh tertinggal dengan cendol, biarpun tertinggal duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan tertinggal cendol.

“Rasa terhiris luka di sudut hati Melayu apabila dikatakan lagi Melayu tidak boleh tertinggal bubur Asyura, walhal beliau lupa bahawa kemenangannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong pada 2008 lalu adalah hasil sokongan majoriti kaum bernama Melayu,” katanya melalui blog peribadi, baru-baru ini.

Khusairi berkata, setelah disiat dengan rakusnya, ADUN Pas itu mencencang daging Melayu dengan kata-kata Melayu tidak boleh tertinggal berarak Maulidur Rasul, tidak boleh keluar kampung kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampung kalau tidak hafal tahlil.

Katanya, penghinaan dan cacian ADUN berkenaan secara asasnya ditujukan kepada Melayu sama ada dari golongan pengikut ideologi UMNO, PKR, DAP, Gerakan malahan Pas sendiri.

”Beliau yang mengenal :Islam selepas lama dilahirkan, lupa bahawa Melayu di bumi yang dulunya dikenali sebagai Nusantara dan Tanah Melayu menjunjung institusi beraja, menghormati budaya dan tatasusila, menyanggah penuh santun, bertengkar dengan seloka, memimpin berlandaskan agama serta adat sebangsa.

“Apakah beliau mahu menceritakan hanya yang buruk mengenai sekelompok Melayu, dan menyembunyikan keagungan ilmuwan dan peradaban yang dibina oleh kelompok Melayu lainnya yang bergelar ulama’ serta umara’,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, terlalu dangkal apabila Idham menyifatkan UMNO tidak boleh dipisahkan dengan Melayu, Melayu pula tidak boleh dipisahkan dengan UMNO dan UMNO tidak boleh terpisah daripada budaya Melayu, ibarat ‘si tanggang’ dikategorikan menderhaka.

”Dia bukan hanya menghina Melayu yang mengundinya di Titi Serong, malahan terhadap segenap Melayu di serata pelosok dunia,” katanya.

Komen aku : Sinar Harian ni nak laporkan apa sebenarnya? Mushkil aku!!

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...