Apa persepsi rakyat Kelantan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 14, 2010

Apa persepsi rakyat Kelantan?

Harini Malaysiakini melaporkan
Peringatan menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung ketaatan kepada Pemangku Raja tidak bermaksud kerajaan negeri menyebelahi mana-mana pihak antara dua putera Sultan yang dilaporkan sedang bermasalah.

"Kenyataan itu dibuat secara umum. Apabila pemangku dipilih secara perlembagaan, kita mesti berikan ketaatan," kata timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menjelaskan sama ada kenyataan Nik Aziz semalam bermaksud kerajaan pimpinan PAS itu menyokong tindakan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra yang menggugurkan adindanya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini. Tindakan tersebut kini dicabar di mahkamah. - Malaysiakini

Semalam, Bernama melaporkan
The state government plans to quicken the process of transferring the Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra from Mount Elizabeth Hospital in Singapore to a hospital in the country for further treatment.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said he made the proposal out of his concern over lack of interest shown by the people on the Sultan's condition of late.

"I notice that of late the people have not been seeking any information about the Sultan. I am perturbed as the Sultan has been away for a long time. I am worried the Sultan might be forgotten by the people. - Bernama

Harakahdaily pulak melaporkan cerita yang agak menarik jugak
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru seluruh rakyat termasuk pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat negeri ini menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra demi untuk kesejahteraan, keamanan dan kebajikan semua pihak.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini. - Harakahdaily.
Malaysiakini selepas tu melaporkan yang Pemuda Umno Kelantan pun bersetuju dengan seruan TG Nik Aziz tu. Satu keadaan yang jarang² sangat berlaku.
Pemuda Umno Kelantan hari ini menyokong tindakan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mengiystiharkan ketaatannya kepada Pemangku Raja yang dilaporkan sedang berkrisis dengan kekandanya.

Anuar Safian berkata, oleh kerana perkara tersebut "tidak langsung berkaitan dengan fahaman politik", pergerakannya tiada masalah menyokong tindakan Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS.

"Ini tidak langsung berkaitan dengan politik. Kalau tanya (pengerusi Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed) Tok Pa sekalipun, saya yakin beliau akan sependapat dengan saya," katanya kepada Malaysiakini.
Aku dok ingatkan selama ni Pas Kelantan lebih suka Tengku Faris manakala Umno Kelantan pula lebih selesa dengan Tengku Fakhry. Aku pun tak pasti pasai apa aku boleh ada persepsi macam tu.


Agak² apa persepsi Sultan Kelantan kalau baca kenyataan² ni? Apa pulak persepsi Istana Kelantan?  Yang lebih peting apa persepsi rakyat Kelantan? 


Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...